Sabtu, 31 Disember 2011

TITI NAN SEBATANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenakbelah kiriny
Antara rumah aku melalui rumah pak long pie ke rumah tok aku ada titi yang dibuat dari sebatang buluh saja, Di sebelahnya adalah pemegang buluh yang diikat di dahan2 nipah. Memang terra lintas titi masa tu walaupun tanpa pelita atau torchlight. Itulah jalan pintas ke rumah tok aku. Memang dulu masa kecik2  aku setiap malam akan melalui titi ni kerana aku tidur rumah tok aku. Entah kenapa masa dulu jadi gitu. Mungkin aku sangat rapat dengan tok wan aku. Malamnya aku dan sepupu aku zali dan salmah akan ke rumah tok aku. Gobek sireh atau kopak pinang kat tok wan aku. Paginya kami balik. 

Rabu, 28 Disember 2011

KUMPULAN GENDANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada satu kumpulan gendang silat di kampung aku. Ketua dia Pak ali Pak Chat. Kebanyakkan ahli terdiri ahli keluarga campur sorang dua kawan2.Pak Ali main gendang, bang Cha serunai, tok manan gendang, non tok mahmud gong. Bila ada majlis silat mereka selalu dijemput.Kadang2 mereka bermain untuk tunjuk rasa suka atau ketika mereka berkumpul. Seronok tengak pak ali pukul gendang. Tersengih dia sepanjang memukul gendang tanda bangga sungguh dengan bakat dia. Anak2 pak ali seperti  Awang, Ten, dan Shuib pun boleh main gendang. Pak ali baru meninggal tahun lepas. Tiada lagi kedengaran bunyi gendang di kampung kami ....

Ahad, 25 Disember 2011

SURAT CINTA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Cinta budak kampung dulu tak jauh sangat. kadang cinta sekampung saja. Cinta monyet kot. Kalau yang rajin mengurat tu ada juga kawan dari luar. Masa tu bukan mudah nak jumpa. kalau sekampung lagi la nak kena jaga mulut orang. Masa tu mana ada line telefon lagi. mana ada email.  Suratlah penganti diri. Ada yang nak hantar surat ni pemuda2 tak sekolah. Tak boleh baca dan menulis. Ada yang tulis macam cakar ayam. Kemudia adalah posmen karat yang tolong hantar dengan tangan. Adik aku Rahimlah jadi tukang tulis. Dia tanyala apa nak cakap. dia terus tulis macam depa cakap. Kadang2 dia tambah bahasa bunga2. Adik aku ni kelakar sikit. kadang2 dia kata lain dia tulis lain. Jefdi thong, wan che ta dan Non polis siam anak pakya panjang rajin datang pondok aku minta adik aku tulis atau baca surat balasan. Adik aku baca kadang2 kuat dengan tambahan bahasa dia la.Tersengeh hero2 tu dengar dilamun angau.

BECA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada dua orang pengayuh beca di kampung kami. Pak Jab Pekgo dan bang pin Cheko. Pagi mereka kayuh beca ke bandar Alor Star. Petang atau malam depa balik. bang pin ada juga bawa budak2 sekolah kampung.Masa tu tak de bas atau van. Mungkin rezeki depa baik, kedua2nya telah pun menunaikan fardzu haji.

Khamis, 22 Disember 2011

BILA HUJUNG MINGGU ...

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari jumaat cuti sekolah. mas tu anak2 muda gila motor. Paling hebat naik honda c70 untuk vespa. Bila nak cuti berkumpul terus buat keputusan. Nak pi mana minggu ni. Beberapa destinasi popular ialah pantai merdeka, Peranginan sik dan batu hampar gurun. Aku tak tau apa dah jadi kat batu hampar gurun la ni. Kalau dulu
air terjun dia cantik.Kalau naik bas turun tepi jaln dan jalan kaki masuk kot estet getah tu. Konvoi ramai2 bergeraklah ke destenasi. di sepanjang jalan jumpa geng2 motor area lain, depa pun join jadi konvoi semakin ramai. Petang bergerak balik ramai2. minggu depan plan nak pi mana pula.

Jumaat, 16 Disember 2011

BANJIR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Memandangkan kawasan kampung berhampiran sungai tak heranlah kalau banjir melanda. pernah sekali banjir besar berlaku. Hingga pergerakkan dari satu rumah ke rumah mengguna perahu. Masa tu tau seronok saja. Ambil besen buat perahu. Tayar lori pun kami guna. Seminggu juga air naik. Bila kering air lecah bukan main. Masa tu banyak rumah guna tangga dan bertiang  tak payahlah nak pindah2. tak macam sekarang, rumah  berlantai simen terus. bila hujan lebih sikit dah banjir dan kena pindah.

Jumaat, 9 Disember 2011

MAIN KAWIN-KAWIN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila selesai saja majlis kenduri, esoknya ada pulak lakonan majlis kenduri tu. Ada yang ambil peranan jadi pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Perempuan mestilah merebut-rebut nak jadi pengantin kerana pengantin akan dihias dengan bunga dan mulut merah. Ada yang jadi mak andam. Ada upacara silat depan pengantin. Siap ada yang buat kipas tutup mula pengantin. Yang best tu lepas sanding ada sampai pengantin lelaki dan pereempuan tidur. seterusnya dapatlah baby yang dibuat dari kain batik yang dilipat2. Dodoi bayi tidur dalam buian yang dibuat. berpakat suami isteri jaga anak, Perempuan pulak masak nasi dalam tempurung yang diletak pasir.. Budak2 yang tak terlibat jadi penponton. Tinggi tak imaginasi budak dulu2 ....

Selasa, 6 Disember 2011

PEMANJAT KELAPA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Buah kelapa yang tinggi akan dikait guna galah, monyet atau pemanjat kelapa. Pak ali pak chat, chot batu dua, mat tok hussin antara pemanjat kelapa. Selalu panggil pak ali saja sebab dekat dengan rumah. Berbekal tali batang ibus yang disimpulkan dan pisau mengerat padi yang diselit di belakang pinggang, pak ali akan panjat dengan pantasnya Upahnya setiap  pokok ialah 2 biji kelapa yang diturunkan atau dengan duit. 

Sabtu, 3 Disember 2011

BATU GILING

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masakan gulai dulu tak ada serbuk kari. Kalau nak makan gulai kena giling sendiri atau beli kat pompuan india yang jual kat pasar. Kadang2 suka2 juga gilking cabi kering tu tapi kais pakai sudulah. kalau tidak panas seharian tangan bahang cabai kering tu. Ada juga orang kampung ambil upah giling cabai ni macam kak chut, doyah bang cha. Tiap rumah mesti ada batu giling. pernah aku tengak depa ambik batu nisan kubur cina untuk buat batu giling atau buat batu pijak di kawasan lecah. Kemudian ada pula lama2 sekali keling tajam batu masuk kampung untuk bagi batu giling lebih berkesan bila digiling lalu laung, "tajam batu..., tajam batu...."

Khamis, 1 Disember 2011

MAKAN MALAM

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Makan waktu malam adalah masa interaksi keluarga yang baik. Pada waktu siqang mungkin abah tak dapat bersama kerana kerja. Bila tiba time makan, adik yang perempuan tolong mak hidang makanan. Lepas tu semua bersila depan makanan. Tunggu abah datang. Bila abah datang, mak akan duduk sebelah abah sedangkan kami duk dalam bulatan menghadap makanan. Kami tunggu abah mula makan dulu  baaru kami ikut. Masa makan kami jarang bercakap, tak baik kata orang tua2, cakap masa makan. Makan dengan tertib. Tak da la berebut2  atau gelojoh. Lagi satu diajar ialah selepas selesai makan letakkan sikt air dalam pinggan.  Siapa pun tak bangun selagi abah tak bangun walaupun sudah makan. Disiplin itulah yang kita amalkan iaitu makan di meja makanan. Perhatikan anak2 kita hari ini. Kalau kita makan di meja. kadang2 mereka longgok nasi dan lauk dalam satu pinggan dan bawa makan depan tv. Di mana silapnya ......................

Isnin, 28 November 2011

LOKET RANTAI PELURU SENAPAANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini cerita nakal masa awal remaja. Amaran keras. Please dont try this at home or at school. Rahim anak pak lang aku datang dari SP. dia bawa idea baru. Buat loket raantai dari peluru senapang. Tak tau mana dia dapat peluru tembaga tu. Alatan yang diperlukan ialah peluru, playa, hammer, pelita dan dawai yang dibengkokkan untuk digantung rantai nanti. Kepit peluru dengan playa dan ketuk bahagian tengah peluru dengan hammer perlahan2. Taak boleh ketuk bahagian bawahnya keraana boleh meletup. Bila kepala peluru terlucut dari badannya, kepit kepala peluru dengan playa dan dipanaskan dengan api pelita hingga timah dalamnya mencair. Letak dawai yang telah dibengkokkan dalam timah yang cair dan rendam dalam air. Siap rantai. Rasa samseng tak da dah bila dikalung kat leher. Bila kenang balik, rasa macam bodoh buat kerja gila macam tu. Membahayakan diri sendiri.

Ahad, 27 November 2011

TOK CHIK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tak tahu nama penuhnya. Kami semua pangil tok chik saja. Sejak anak perempuannya Che Ta kawin lain dengan Abg Mat Kuala nerang dia duduk sorang. Setiap malam dengan kain selimut dan bekas sireh dan rokok daun dia akan datang tidur di rumah aku. Adalah orang2 tua di rumah aku buat diajak berborak. Pagi dia akan balik semula rumah dia yang terletak di seberang sungai rumah aku.  Di rumah dia ada pokok setey yang tinggi. Bila tiba musim di situlah tempat untuk cicah garam belacan.Tok Cik dah lama meninggal sebab sakit tua.

ROTI BAKAR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dekat Maktab mahmud ada satu kilang roti. Dalam pukul 10 pagi mereka akan bakar roti yang reject. Kami akan tunggu ramai-ramai. Zali, Dan derani, ki Manan kami kayuh basikal ke simpang kuala tu.Dia guna satu alat untuk hulur dulang dalam bara api. Bila siap bakar dia letak dalam satu bekas, merebutlah kami pilih bentuk roti yang kami suka. Masuk dalam bekas untuk ditimbang. Bayar dan balik untuk dimakan dengan kopi atau teh. 

Khamis, 24 November 2011

KERJA MASA CUTI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Abah aku seorang pemandu lori. Bila cuti U aku akan ikut jadi kolet lori. Abah aku bawa lori tanah merah. Masa dulu kolet kena duduk belakang lori. Kalau polis jumpa duk depan kena saman. Mula-mula duk depan bila dapat signal dari member2 ada polis, macam stuntmanlah bergerak ke belakang masa lori sedang berjalan. Bila clear balik depan balik. Masa tu ambil tanah merah dekat Langgar hantar ke Kebun 500 dan Jabi buat jalan. Mak akan bekalkan nasi dengan sambal telur atau ikan temenong dan dibungkus dengan daun pisang. Masa tu mana ada banyak kedai makan. Bila tiba waktu makan, abah akan bawa aku ke tepi sebuah alor jernih dekat2 kebun 500. Makan di situ macam berkelah. Aku amat rindu makan nasi yang dibungkus dengan daun pisang begitu hampir separuh hari. Memang sedap dan wangi rasanya. Muka jangan cakaplah berdebu dan berkilat dek panas matahari. lain pada tu penah juga sekali aku ambil upah tebas rumput kat pagar mahkamah baru tu. 

Rabu, 23 November 2011

MANDI KERBAU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kerbau pun diberi mandi juga. Kalau kerbau digunakaan masa membajak, menyisir atau menenggiling mesti tuan dia bawa satu bentuk timba yang dibuat dari tin yang di paku kat kayu. Selepas beberapa lama kerbau buat kerja, tuan dia akan simbah dengan air dari bendang untuk menyejukkannya. Kerbau bila dilepas sukaa berkubang. Penuh badan dengan selut dan kering lepas tu. Tuan kerbau akan bawa ke tepi sungaai atau telaga. Disimbah dengan air dan digosok dengan sabut kelapa hingga hitam berkilat kulit kerbau tu. Aku tengak tok wan aku pasang bara api waktu malam untuk halau nyamuk dan agas.

Ahad, 20 November 2011

PENJUAL KOPI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Penjual kopi berbangsa cina bermotor ni datang setiap hari khamis.  Dia akan bunyi hon motor dan singgah boleh kata semua rumah. Tak salah aku dia datang dari sungai Limau. Kopi ditimbang dengan dacing mengikut harga yang dikehendaki. Kopi ni sedap sebab tu sangat laku di kampung ni.

Jumaat, 18 November 2011

BERANDA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Beranda adalah bahagian lebih rendah dari lantai rumah. Selalunya ada anak tangga untuk naik ke beranda dan ada satu lagi tangga untuk sampai ke atas rumah. Kadang2 disediakan satu kerusi panjang atau lantai dengan tikar mengkuang saja. rumah dulu yang ada beranda ialah rumah tok mat bilal, rumah manan, rumah ya itik, rumah tok arof, rumah saad hamid, rumah hj yaakob, rumah hj sharif dan banyak lagi. Fungsi beranda ialah tempat berehat dan emnerima tetamu. Beranda sesuai untuk berehat kerana tidak ada tingkap kecuali dinding yang rendah. Bila tetamu lelaki datang mereka akan tunggu di beranda saja. Taklah ganggu isi rumah lain. Berbekal secawan dan seteko kopi boleh bawa bersebang hingga larut malam.

Rabu, 16 November 2011

KUEH HARI KENDURI DAN BUNGA TELUR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sudah menjadi kebiasaan bila kenduri ahli kampung akan menghadiahkan kueh2 dan bunga telur pada tuan kenduri. Paling tak da pun bawa gula sekilo. Macam dah jadi adat. Ini usaha kumpulan perempuanlah. Kueh popular bahulu, kuih beras, karas, kuih telinga hindu, kueh bunga pudak. Sama ada kueh itu dibuat sendiri atau dibeli untuk dihadiahkan. Bunga pudak ditempah dari mak su atau mak lang tom pak lang mak khir. Makanan2 ini akan dihantar menggunakan dulang.  Bunga telur pun dihantar juga dengan gubahan dicucuk pada batang pisang. Semua makanan dan bunga telur ini akan dihidangkan pada orang yang datang buat kerja sehari sebelum dan pada hari kenduri dan tetamu.

KORBAN PERDANA


Tahniah Cree dapat cerita tentang korban perdana serta foto-foto kawan-kawan dan mak cik2 kita di kampung. 11 ekor banyak tu tapi dengan kerjasama orang kampung ianya dapat dibereskan. Saya balik hari tu tapi tak ikut serta kerana kurang sihat. Saya sertakan pautan di sini supaya mudah dirujuk bila2 masa saja untuk diabadikan pada kawan-kawan lain yang melawat blog saya. Terima kasih.


http://creeman88.blogspot.com
2011/11/majlis-qurban-perdana-di-kampung.html
http://creeman88.blogspot.com/2011/11/tak-ada-modal-untuk-menulis.html

PERAHU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Perahu adalah kenderaan penting masa tu untuk cari makan dan ke bandar. Ramai juga orang kampung masa tu yang menahan bubu di sungai besar Alor Star. Ramai yang miliki perahu. Antaranya tok mat bilal, Manan, shahid, pak long pie, bang man kak siah, Mat ariff, bang cha, hj yaakub, man tok seman, pak lang md khir, tok mat penyebai, bang leh. Awal pagi akan nampak dalam sungai perahu2 ni bergerak bertemankan pelita yang diletakkan dalam tin. Selepas jual hasil tangkapan dan beli barang2 dapur mereka akan singgahlah kedai kopi pak Jasin dekat kepala titi jambatan baru alor star tu. Kemudian ramai2 bergerak balik. Aku pun pernah berperahu dengan sepupu aku, zali. Penah pegi sampai ke jalan putra dengan perahu ni.

Selasa, 15 November 2011

PASEMBOR DAUD

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sebelah petang kadang2 pula ada mamak Daud naik basikal jual pasembor. Dia akan bunyi loceng atau hon tanda dia datang. Kalau nak beli panggil saja. Bawa pinggan sendiri. Berkumpul penuh keliling basikal tengak dia siapkan pesanan. Laku bukan main jualan dia. Sekarang ada suku sakat dia sambung kerja tu tapi dah naik motor.

PENJUAL ROTI

Dulu orang melayu belum buka mata untuk berniaga. Sarapan pagi mesti sedia sendiri. Tak ada kedai chatok kopi melayu masa tu. Nak kena kopi di kedai kopi cina dalam cawan 888. Di kampung pagi-pagi masa tu ada dua orang kita panggil keling  jual roti. Keling Hamid dengan Keling Jab. Asal dari India. Isteri di India. Lama2 sekali depa cuti la balik India. Mereka ni jual roti dengan cara menjunjung di kepala. Ada juga nasi lemak dan kueh dijual. Difahamkan jauh juga mereka jalan menjual tu. Dari Simpang Kuala masuk ke kampung-kampung. Selalunya mereka akan berhenti rehat dekat pengkalan tok wan aku sebelum meneruskan perjalanan.

KELOLO

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bahasa dialek kedah. Maknanya lebih kurang kelakuan yang tindakan yang boleh buat orang ketawa. Adalah sikit nakalnya. Ada satu cerita dari adik aku tentang sorang kawan kami ni. Kami panggil dia E Maniam. Masa sekolah menengah, kalau balik sekolah dan kenduri sepanjang jalan dia singgah makan selamba saja macam dia dapat jemputan. Atau bahasa sekarang "ada aku kisah". Kawan2 tunggulah kat depan sebab segan nak ikut dia. Bila dia joint depa dia gelak berdekah2 kerana kenyang. Dia kata orang buat kenduri kira dia dijemputlah.

Sabtu, 12 November 2011

BERAS TEMUKUT DAN SEKAM PADI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa dulu adalah bela ayam kampung sikit2. Pakat dengan kawan-kawan pi cari beras temukut dan sekam padi di Kilang Padi Batu 2.  Bawa guni pinjam basikal tua tok wan aku terus ke belakang kilang.Tunggu kat ujung serombang mesin padi tu. Di bawahnya akan jatuhlah beras2 hancur yang kita panggil beras temukut. Kaut masuk dalam guni kecil atau guni gandum. Lain pada tu kautlah sekam padi isi dalam guni. Apa yang bestnya bukan nak ambil sekam padi tu tapi dan main kat sana. Busut sekam padi kadang2 antara 50-100 meter. Naik sampai atas guling atau buat "stuntman" dari atas sampai bawah. Lepas tu naik lagi dan buat lagi. Kena hati2 juga kerana ada bahagian yang sudah dibakar dan tak nampak panas di luar. Abu sekam padi ambik juga buat baja. Bila balik kena mandilah. Kalau tidak gatallah miang sekam tu. Sekam tu ditabur dan ayam pun kaislah untuk cari sisa padi dan beras di situ. Lain daripada itu ialah untuk diletak di tempat becak atau guna untuk asapkan toke nira.

Rabu, 9 November 2011

TELUR KURA-KURA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa kecik aku pernah ikut pak cik noor aku pi cari telur kura-kura. Kami pi cari dekat jerat cina. Kura-kura suka mengorek lubang untuk bertelur di busut-busut kubur Cina. Bila dapat balik direbus. Aku pun dah lupa rasanya macam mana . Macam telur penyu la kot.

TIKAR MENGKUANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu2 mana ada karpet. Tikar getah pun jarang2 nampak.  Jadi orang dulu-dulu menganyam tikar mengkuang sendiri. Ada beberapa tempat untuk ambil mengkuang. Dekat jerat Cina, dekat bendang chut dan dekat padang tok mat sembilan. Sekarang semua dah tak da kot. Pembangunan. Mengkuang diambil dilayor dengan api dan dibuang duri direndam dalam telaga untuk satu tempoh. Diraut guna pisau khas supaya ikut saiz yang dikehendaki. Dijemur untuk sekian lama ditumbuk dengan alu barulah dianyam. Aku tengak di satu sudut rumah tok aku tu bertimbun tikar yang dah siap dianyam. Akan digunakan untuk majlis kenduri dan yang dah buruk akan diguna untuk jemur padi.

Ahad, 6 November 2011

GUNTING RAMBUT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada dua orang tukang gunting rambut masa aku budak2 dulu. Pak Lang Napiah dengan Pak Ya panjang.Tak da pun kedai tetap. Selalunya pergi rumah depa tau mereka datang ke rumah bila dijemput. Kerapnya kat Pak lang Napiah la. Kadang2 tengek kat tunggul pokok nyior atau atas belantar basikal tua atau kerusi. masa tu tak pandai komplen banyak. Bila abah bawa  ikut saja tak berani nak demand macam budak2 la nak style itu dan ini.  Selalunya jadi fesyen tudung periuk la. Siapla seminggu kena perli ngan kawan2. Bila besar sikit dan sekolah menengah baru pi kedai india kat Tandop atau Kedai Regal kat simpang Kuala. Kalau nak raya dengan nak buka sekolah que la. mamak siap pasang siaran radio dia dengan lagu dia. Kuat la tu. Sama kuat sembang2 dia dengan kawan2 tukang gunting dia. Tapi itu uniknya sampai sekarang aku suka gunting kat kedai india.

Sabtu, 5 November 2011

KAPAL HAJI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim haji dulu menggunakan kapal laut. Ambil masa 3 bulan pi dan balik 3 bulan. Siapa yang terpilih ke mekah
kena buat persediaan awal. antaranya tong sara. Dalamnya akan diisi dapur, kuali, periuk, pinggan, beras dan keperluan masak.Dulu2 atas kapal jamaah masak sendiri. Antara kapal laut tu namanya Malaysia Raya. Dalam kapal yang banyak tingkat tu ada dinamakan kampung ikut nama buah. Kampung durian, rambutan dan sebagainya. Saya sempat naik kapal tu masa tok wan balik dari mekah. Memang besar. Mengikut cerita tok wan atas kapal ada banyak masa untuk belajar ilmu agama. Bila balik dari mekah masa tu mesti beli kot. Segaklah jamaah kita balik dengan kot dan songkok masa tu.

Rabu, 2 November 2011

MAIN JENGKEK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada 2 jenis jengkek. Satu jengkek biasa dan satu lagi jengkek kapal terbang. Jengkek biasa ialah mengunakan  garisan kotak dari 6 atau 9 kotak. selalunya 6 saja. Jengkek kapal terbang macam bentuk kapal terbang. "Gunung" selalunya dari tembikar digunakan untuk permainan ini. Gunung akan dibaling mulai kotak 1 dan ditendang perlahan-lahan  dari satu kotak ke satu kotak dengan cara menjengkek dengan satu kaki dan pastikan kaki kena pada gunung setiap kali jengkek ke kotak baru. Bila sampai ke kotak ke 5 baru boleh letak kedua-dua kaki atas gunung. Lepas kotak ke 6 ditolak keluar dengan kaki hingga keluar garisan dan dipijak lagi. Baru mula kotak kedua dan seterusnya sehingga abis ke enam-enam kotak tu. Kalau gunung semasa ditendang ke kotak-kotak itu terkena garisan dikira "mati". Selepas tu masuk peringkat kedua. Mata dipejam dan pandang ke atas dan melangkah dengan 2 kaki dari satu kotak ke satu kotak dengan menyebut "adaka" iaitu tanda tak pijak garisan. Kalau pijak garisan dikira mati. Jengkek kapal terbang dimain hampir sama.

Ahad, 30 Oktober 2011

MAINAN KITA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mainan budak-budak dulu lebih kreatif dari budak sekarang. Mainan lebih kepada fizikal, mental dan emosi. Maini membentuk budaya bersosial dan berdasarkan pada bahan kitar semula atau alam semula jadi. Mainan sekarang lebih kepada individualistik.
1. Mainan kong basikal. Alatannya kong basikal dan sebatang kayu diletak di tengah2 rim kong basikal dan digolek ke sana -sini.
2. Mainan kereta tin 1.  Alatannya buluh dan tin susu. Buluh di belah separuh dan tin diletak di tengah2 menjadi roda kereta ditolak ke sana sini.
3. Mainan kereta tin 2,  Alatannya kayu atau buluh,  tali dan 2 tin susu. Buluh diletak di tengah2 lubung tin susu. Tali diikat di hujung kiri kanan ting menjadi stering untuk belok kanan atau kiri.
4. Mainan anak patung. Buat dari sapu tangan dan kalau nak besar buat dengan kain batik.
5. Mainan guli dari buah gorah.
6. Mainan guli kaca. Buat bulatan pakat sorang berapa biji. Kemudian tuju kalau keluar jadi milik kita, kalau sangkut kira "bom". abis giliran. Ada juga main tuju guli ular. lukis garisan dan tentukan mana kepalanya. Atur guli atas garisan. Tuju kira kena  di mana-mana guli boleh ambil hingga ekornya. Kalau kena kepala, dapat banyak lah
7. Mainan sampan dari sabut kelapa atau seludang kelapa. Hanyut kat sungai atau bendang.
8.Mainan helikopter dari biji getah. Guna bilah ais cream untuk buat kipas
9. Mainan tudung minet. Ketuk bagi leper. lepas tu tebuk 2 lubang dan letak tali gasing. Tarik laju2 letak kat tangan kawan. Kena marahlah pas tu.
10. Mainan tiket bas. Kutip tiket bas dan main sin  kong
11.Mainan tauk urat. Satu garis panjang dibuat. Cari objek yang kita panggil "gunung". selalunya pecahan tembikar atau perewel basikal. Itu ada yang sampai bersarang kat kepala kalau tak berhati-hati. Pemenang dikira siapa dekat dengan urat. lebih dari urat dikiran "bom". Terkeluar dari mainan. Taruhan boleh jadi tiket, tudung minet, tiket, getah, guli.
12. Mainan tuju tin. Tin disusuun macam piramid dan dituju denga bola serolat.
13.Mainan kereta dari kulit limau. Cucuk lidi dan buat tayar dari buah limau juga
14. Main tuju para. Dua bilah ranting kayu direggangkan dengan getah. Letak getah atasnya dan pemain ambil giliran lastik dengan "ibu". Bila getah jatuh dari para kira miliknya. Main sampai habis getah jatuh ke tanah.
          Banyak lagilah mainan budak kampung dulu. Tentu budak laa gelak kalau kita tunjuk kat depa mainan camtu. Mesti depa kata tak tamadun.

LATAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Latah sudah menjadi budaya melayu. Nak dikatak satu penyakit rasanya bukan. Mungkin satu fenomena kebiasaan. Latah di kalangan perempuan terutamanya terjadi pada golongan tua. Namun golongan muda pun ada juga. Latah memnjadi satu hiburan tak langsung masyarakat kampung. Kalau ada majlis seprtri kenduri dengarlah sana-sini orang latah. Kaki mengusik pun ramai. Selalunya orang latah akan mengulang perkataan yang dikatakan kepadanya atau menjawab apa sajaa ditanya orang dalam keadaan terkejut. lebih parah kalau latah sampai lupa diri. Benda-benda tajam kena letak jauh-jauh nanti dia lupa terus dibelasahnya. Mak Njang Mah, Tok Halus pak ya gusi,, Tok Chik, Mak Ngah Esah pak ngah kadir dan beberpa lagi memang kaki latah. Kadang2 perkataan mencarut pun keluar juga. Kalau mula latah kadang2 sampai naik penat diusik kawan2.

Sabtu, 29 Oktober 2011

BELAJAR NAIK BASIKAL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kanak-kanak dulu mana ada basikal mini atau basikal kecik pada peringkat awal belajar naik basikal. Nak naik basikal kena belajar naik basikal orang dewasa. Selalunya basikal yang ada galang besi di tengah-tengah. Masa tu kalau ada basikal Releigh kira hebal laa. Paling banyak basikal tua iaitu yang digunakan kebanyakkan orang kampung untuk mengangkut padi.. Bayangkanlah galang tengah adalah penghalang. Mula belajar mestilah kepit tangan kanan kat galang dan tangan kiri memegang handle. Mana nak boleh terus naik atas sit basikal. Tak sampai kaki. Mula belajar mestilah ada orang ajar. Tolong pegang kat belakang. Kadang-kadang mula dari atas titi. lajulah turun. Silap2 langgar abis pagar duri. Bab luka kat lutut atau siku dah jadi biasa masa tu.Dah cekap baru naik sendiri. kalau dah mula naik tu kira hebatlah. Gila round satu kampung bangga dah boleh naik basikal.

Khamis, 27 Oktober 2011

ATUR SEMAI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim menanam dah tiba.. Air sudah penuh di sawah.. Sehari sebelum menanam, Anak semai yang ditanam di petak khas akan dicabut. Samai yang dicabut akan disepak2 dengan kaki supaya tanggal selutnya dan seterusnya akan diikat dengan tali kulit daun bemban. Semai akan diangkut dengan cara dikandar atau dimuatkan dalam anok. Aku ikut juga naik anok. Tok Wan aku tuntun kerbau dan aku akan letaklah 2 ketul satu tempat untuk ditanam esoknya. Esok masa menanamnya beberapa orang yang kurang cekap menanam akan ambil bahagian atur semai.Aku tak lepas peluang ini sebab boleh main2 di sawah tanpa kena marah dengan abah aku kerana tolong tok wan aku atur semai.. Tugas kami ialah bertanggungjawab kepada bebarapa orang yang menanam padi ni antara 4 hingga 5 orang satu kumpulan. Tugas kami hulur semai bila penanam tu dah habis semai yang dihulurkan. Bila habis semai ditangan tu yang seronok tu berlari untuk dapat anak semai yang diatur. Nak dengar gossip memang la banyak. kita budak2 dengar saja tak leh nak campur la. Ada beberapa lelaki pun terra menanam ni. Macam Abang Jan maliah Non. Penanam padi lak macam kak siah bang man, kak azizah, chu lat, kak maliah. toh pandak ariff,, Kak doyah bang cha. Kadang ramai sungguh. Ada cara upah dan cara berderau.

Isnin, 24 Oktober 2011

JERAMI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jerami padi kini terus dibakar selepas musim padi. Orang yang buat sawah dulu mesti ada kerbau untuk bantu di sawah. Ada yang lebih dari 2 ekor. Jerami jadi makanan kerbau. selepas musim padi. Diangkut jerami dengan anok untuk disimpan sebagai bekalan makanan kerbau. Selalunya ada satu bangsal khas untuk simpan jerami. Jerami akan disimpan sampai ke aras bumbung bangsal. Itu stok makanan kerbau untuk setahun. Kena hati-hati ambil jerami yang disimpan dibangsal. Ular sendok pun suka duduk tempat macam ni.

KEMARAU PANJANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pernah sekali dulu, masa padi ditanam setahun sekali terjadi kemarau panjang. Tanah habis merekah. kalau silap jalan dibendang boleh terperosok kaki dalam rekahan lubang2 tanah tu. Orang kampung mula beriktiar. Setiap petang berkumpul di satu kawasan lapang kat bawah pokok pauh dekat bendang tok hussien. Bersahut-sahutan la buayi tetuang atau serombong dari tanduk kerbau. Ramailah orang berkumpul untuk berdoa dan sembahyang hajat supaya turun hujan supaya padi boleh diusahakan. Bertih juga disediakan untuk alas mulut. Begitulah usahanya sehingga hujan dirahmati semula.

BATU TIMBUL DI KAMPUNG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu kampung ku heboh pasal batu timbul. Ada hamba allah ni bawa balik batu timbul ke kampung. jadi benda pelik la. Ramai orang luar datang berkunjung kerana percaya baru tu ada azimatnya. Jalan masuk ke kampung aku yang kecil tu jadi sesak kereta keluar masuk. Orang kampung aku tak kisah pun nak pergi, orang luar yang banyak datang. Dikorek telaga lagi untuk letak batu dalamnya. Ceduk la air yang kononnya tu ada azimat. Berpeluang la orang kampung nak berniaga, buka parking kereta. Dari duit derma orang ramai yang datang tu sampai pemilik batu tu dapat pergi kat mekah.

GURAU CARA DULU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Det pak yob memeng penakut. Tau sangat kalau dia balik sembahyang dari surau dia akan menyanyi kuat-kuat. Nak maklum kat orang dia tak takut la atau nak berani kan diri. Satu malam adik aku rahim berselimut putih kat pokok nangka kat pondok aku tunggu dia balik dari surau. macam biasa la dia akan menyanyi kuat-kuat. Sampai saja dekat terus saja adik aku goyang pokok nangka. Apa lagi menjerit lari lintang pukang la.Esoknya dia demam. Kesian dia. Lama2 kami ceritalah kisah sbenarnya. Apa lagi berjela la maki dia. Ha hahahhahaha.

Jumaat, 21 Oktober 2011

IKAN TEMBERAIS, ULAT BULUH DAN ANAK-ANAK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Blog cikgu Li mehat ada menceritakan tentang ikan temberais ni. Saja nak kongsi cerita. Kami mengail kat alor pak long pie. Caranya mungkin sama saja. Tali batang pisang yang halus digunakan. Kena ada seni nak dapat tali yang halus tu. Umpannya ialah ulat buluh. Anak buluh yang mati dan mulai reput akan ada ulat halus warna kuning dalamnya. Ulat tu akan digentel hingga mati dan diikat dihujung tali. Batang kail guna lidi atau anak-anak buluh. Mengail ikan ni tak boleh kasar kerana dia akan gigit ulat yang menjadi umpan. Kalau lelaki akan guna baju yang dikembangkan dengan tangan kiri kerana tangan kanan untuk kail ikan. Bagi perempuan pulak dikembangkan kain batik untuk kumpul ikan yang dikail. Ikan ini sedap digoreng dengan kunyit. Lain pada tu ada juga kita sauk anak-anak ikan haruan guna kain nipis kat bendang-bandang. Buat goreng sedap.

SENAPANG BULUH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Senapang buluh atau dipanggil juga senapang pok kami guna main perang-perang. Bahan yang diperlukan cuma buluh sebesar ibu jari kaki, kertas atau buah cenerai sebagai peluru. Buluh dipotong dan dibuat satu alu untuk menembak peluru. Kalau ada buah cenerai guna dia. Kalau kena memang pedih. Mail chu Lat sampai cemey mata kena peluru cenerai. Kalau tidak pun guna kertas surat khabar yang direndam, ketuk masuk lubang dan tolong dengan pantas dengan alunya. Bunyi boleh tahan dan sakit pun boleh tahan kalau kena.

MAIN ACI SEMBUNYI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mainan budak dulu masa-masa cuti.  Undia dijalankan sapa yang kena jadi pencarinya. Mengadap muka yang dicekup selalunya di pokok nyior dan bilang satu sampai sepuluh. Kalau yang bersembunyi tak siap lagi jawab tak aci. Sambung bilang lagi. Giliran mencari dijalankan dengan menyebut nama orang yang dijumpai. Kalau tak sempat  sebut nama disergah dengan perkataan "pah" dan disentuh dengan tangan maka kenalah jadi sekali lagi.  Seronoknya kalau yang jadi tu gagap bila disergah tak boleh sebut nama rakan yang dijumpainya maka keraplah dia kena "pah' tu. Tugas pencari ni ialah untuk cari semua pemain sehingga semuanya jumpa. Nakalnya ada yang bermain tu balik rumah makan nasi dan duduk diam-diam. puaslah mencarinya.

Isnin, 3 Oktober 2011

WAU BULAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Permainan wau selalunya dimainkan selepas musim padi. Tak ramai pakar buat wau di kampung aku. Pak Cik Not, Chu Ariff, Wan dan Derani, bang Cha, Md. Din, Shahid  antara yang boleh buat wau dengan baik.
Wau akan dibuat dengung sama ada dari daun mengkuang atau daun ibus. Seingat aku kepala wau bulan akan dikepal tanah liat di situ sebelum dinaikkan. Apabila dinaikkan ia akan akan dibiar di udara berhari-hari. Pada waktu malam bunyi alat dengung tu sangat merdu.

PANGGILAN IKUT PASANGAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lazimnya nama seseorang dipanggil dan diikuti nama bapa. Di kampung-kampung lazimnya nama dipanggil diikuti nama suami atau isteri. Antara yang dipanggil ikut nama suami ialah Kak siah bang man, jah md din, chah man nondoi, kak dah bang mail, Kak aa pak yob, saodah md noor, tok su jasin, mak long timah paklong saad, doyah harun, doyah cha, siah pak ali, siah md poek, faridah bahadur, nab ya itik. Kalau yang ikut nama isteri tak ramai sangat seperti Saad Gon, man kak siah, man chut. Panggilan ini mungkin lebih mudah kerana ramai yang punyai nama yang hampir sama. Jadi sebut nama ikut suami atau isteri jadi lebih jelas. Logik juga untuk tunjuk rasa kepunyaan masing-masing. Semua nama disebut tadi kekal setia dengan isteri atau suami yang satu itu. Mungkin itu hikmahnya.

Sabtu, 1 Oktober 2011

MARHABAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Marhaban oleh penduduk kampung ni selalu diadakan pada majlis kenduri atau di suarau waktu malam selepa solat isya. Marhaban yang dilagukan sangat unik. Suara yang nyaring dan keunikkan suara masing-masing di peragakan. Setiap suara lain saja bunyinya .Dari yang kasar, halus dan suara dari dalam perut.
Ada suara chu ariff. pak cik dahlan, bahadur, man kak siah. Brahim man kak siah, Pak ngah Ismail, Tok Cik Saad,ustaz nayan, pak yob,Bakar hj shariff, Omar kak aa dan ramai lagi.
Kami budak-budak juga diajar marhaban. Kadang2 tumpang sekaki juga m,marhaban dengan genga2 lama ni.

Jumaat, 30 September 2011

TRADISI MENIMBA TELAGA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu bila musim kemarau ada juga tradisi menimba telaga. Beberapa orang akan berpakat untuk menimba mana-mana telaga yang hampir kering. Kami yang masih kanak-kanak pada masa itu duduk keliling telaga memerhati saja. Bila telaga dah hampir nak kering nampaklah ikan-ikan terkodek-kodek. Banyaklah ikan haruan, keli dan puyu. Ikan-ikan ni akan dikumpul dalam timba dan dibahagikan sesama mereka yang menimba tadi. Ikan yang banyak itu ada yang dimakan dan ada juga yang dibuat kering atau pekasam. Kadang-kadang alor juga ditimba. Mula buat sekatan dengan batang nipah dan lumpur di hulu dan di hilir. Lepas itu timba sehingga kering dan hasil ikan darat akan dapat ditangkap.

Khamis, 29 September 2011

MAKAN AYAM

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu kalau rumah tu makan ayam kira hebat la. Kenduri pun kadang2 saja ada ayam. Mana ada jual ayam daging lagi masa tu. Kalau nak makan mestinya ayam kampung saja. Kadang-kadang nak makan ayam bukan ada plan pun. Kalau istemewa datang baru nak tangkap ayam sembelih. Macam-macam cara nak tangkap ayam. Guna serkap tabur padi sikit. Buat jerat guna tali dalam bentuk kosong besar dan letak padi di tengah-tengah. Bila ayam ditengah jerutlah. Kalau tak dapat juga pakatlah adik beradik kejar dan kepung ayam. Bila ayam dah letih atau tersepit kat penjuru mana=mana tangkaplah. Jadilah hidangan istemewa hari itu.