Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada 2 jenis jengkek. Satu jengkek biasa dan satu lagi jengkek kapal terbang. Jengkek biasa ialah mengunakan garisan kotak dari 6 atau 9 kotak. selalunya 6 saja. Jengkek kapal terbang macam bentuk kapal terbang. "Gunung" selalunya dari tembikar digunakan untuk permainan ini. Gunung akan dibaling mulai kotak 1 dan ditendang perlahan-lahan dari satu kotak ke satu kotak dengan cara menjengkek dengan satu kaki dan pastikan kaki kena pada gunung setiap kali jengkek ke kotak baru. Bila sampai ke kotak ke 5 baru boleh letak kedua-dua kaki atas gunung. Lepas kotak ke 6 ditolak keluar dengan kaki hingga keluar garisan dan dipijak lagi. Baru mula kotak kedua dan seterusnya sehingga abis ke enam-enam kotak tu. Kalau gunung semasa ditendang ke kotak-kotak itu terkena garisan dikira "mati". Selepas tu masuk peringkat kedua. Mata dipejam dan pandang ke atas dan melangkah dengan 2 kaki dari satu kotak ke satu kotak dengan menyebut "adaka" iaitu tanda tak pijak garisan. Kalau pijak garisan dikira mati. Jengkek kapal terbang dimain hampir sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan