Sabtu, 12 November 2011

BERAS TEMUKUT DAN SEKAM PADI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa dulu adalah bela ayam kampung sikit2. Pakat dengan kawan-kawan pi cari beras temukut dan sekam padi di Kilang Padi Batu 2.  Bawa guni pinjam basikal tua tok wan aku terus ke belakang kilang.Tunggu kat ujung serombang mesin padi tu. Di bawahnya akan jatuhlah beras2 hancur yang kita panggil beras temukut. Kaut masuk dalam guni kecil atau guni gandum. Lain pada tu kautlah sekam padi isi dalam guni. Apa yang bestnya bukan nak ambil sekam padi tu tapi dan main kat sana. Busut sekam padi kadang2 antara 50-100 meter. Naik sampai atas guling atau buat "stuntman" dari atas sampai bawah. Lepas tu naik lagi dan buat lagi. Kena hati2 juga kerana ada bahagian yang sudah dibakar dan tak nampak panas di luar. Abu sekam padi ambik juga buat baja. Bila balik kena mandilah. Kalau tidak gatallah miang sekam tu. Sekam tu ditabur dan ayam pun kaislah untuk cari sisa padi dan beras di situ. Lain daripada itu ialah untuk diletak di tempat becak atau guna untuk asapkan toke nira.

Tiada ulasan: