Sabtu, 29 September 2012

CICAH GARAM BELACAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aktiviti iniselalu berlaku masa petang. Bila duduk atas pelengaq mula la pekena budak2 pompuan buat garam belacan. buat simple2 saja. Tumbuk cabai kering, Boh belacan, gula entah apa lagi. Carilah apa yang boleh dibuat asam. Mempelam ka, asam ka, putik kelapa ka, pisang muda ka. Jambu ka. Janji boleh dicicah jadilah.Lepas tu merebut2 cicah sambil menahan kepedasan. 

Khamis, 27 September 2012

PERIKSA KUKU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa kat sekolah rendah dulu ada satu rutin guru untuk periksa kuku murid. Selalunya guru perempuan. Dia akan pegang pembaris panjang dan minta pelajar luruskan tangan atas meja.dia akan pusing kelas dan pengetuk jari2 yang kuku panjang dan kotor. Lepas tu yang mana dia tak berkenan dia suruh gigit dan buang kuku tu. Pelajar pun sangat takut dan sentiasa pastikan kuku tu pendik dan bersih. Mengapa amalan ni tidak diteruskan di sekolah2 kini..................

Isnin, 24 September 2012

KEMBANG SETAMAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada satu ruangan kat URTV dulu yang popular. Selalu terletak sehelai sebelum muka akhir URTV. Ruangan kembang setaman tu adalah ruang untuk mencari kenalan baru. Siap dengan gambar, umor dan hobi. Aku hanya boleh tengaklah kerana masih kanak2. Tak sesuai nak berkenalan sebab ramai yang berumur 20 tahun ke atas. Ruangan ni juga ruang cari jodoh dulu-dulu, Mana ada facebook masa tu. Aku ingat ada sorang budak kampung aku jadi mangsa. Ada hamba allah mana tah letak gambar budak pompuan ni. Lepas tu setiap hari bertimbun2 lah surat sampai kepadanya. Budak yang pemalu ni sangat rasa tertekan sebab orang kampung tentulah mengata dia gatal hantar gambar dalam kembang setaman.
Kesian dia...

Isnin, 17 September 2012

MASIHKAH KAU INGAT ....................

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bagi genarasi baru, mungkin dah tak ingat atau sempat dengan nama yang akan disenaraikan. Tapi gelaran mereka menjadikan mereka mudah diingti. Kebanyakkan dah meninggal. Tok Mat Bilal, Tok Manan, Din Siam, Hj Madan, Paksu Shahid, Pk Njang Tohid, Bang Mail collect bas, Saad odli,  Pak Yob, Hj Salleh Pak Yob, Hj. Yaakub,Jasin, Choh kelam, Brahim Ranggon, Pak Ali tong-tong, Jasin, Pak Teh Cheen, Tok mehat, Pak Lah Haboi, Tok Mat penyebai, Pak cik Dahlan, Paksu Md. Zain,
Ustaz Nayan, Tok Adam tok Hawa, Pak Lanfg Md. Khir, Daud Ikan, Pak Ya Panjang, Mat poek,Pak Chat, Pak long Drani, Pak ndak md.KHir, Man Chut, Tok Bakar, Hashim , Pak Lang Lah Tam, Tok Arop, Brahim Tenau, Hj Saad ka long Timah, Hj Shariff, Man Siah, Pak Choh Tongkang, Pak ang Napiah. Chan Pak Ya gusi. Kini nama mereka saja yang tinngal sebagai sebahagian dari sejarah kampung

Jumaat, 14 September 2012

BANTAL BUAH KELAPA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Buah kering kering yang tak ada isi dan besar2 dipilih. Sebahagian dari sabut dikupas dan dibuat dalam bentuk lengkungan di kedua2 belah kelapa tu. Agak2 selesa untuk diletak buat alas kepala. Boleh nyenyak tido kalau buat alas kepala. Diletak di atas pangkin. Tak risau kalau kena hujan.

Isnin, 3 September 2012

MERDEKA ITU PESTA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Merdeka dulu disamakan dengan pesta. Macam2 pesta ada. Malam sebelum merdeka anak muda berkumpul kat bulatan telok wan Jah. Buat lap motor. Polis datang bertempiran lari. Hari merdeka wajib pi Pantai Merdeka. Bas rombongan berpuluh2. Motosikal janganlah cakap. berpuak2 datang.Kawasan pantai penuh sesak. Orang berniaga memang buat duit.  Pentas muzik disediakan. Malamnya penuh sesak. Pernah juga di bandar Alor Star malamnya dibuat perarakan kereta berhias. Penuh orang kiri kanan jalan tengak pesta lampu warna-warni.