Khamis, 21 Februari 2013

TUJU PARA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sejenis permainan berasaskan getah. Dua batang kayu kecil dipacak lebih kurang 6-8 inci.
Di tengah akan direntangkan getah. Beberapa orang pemain akan bersetuju tentang jumlah getah yang akan dipertaruhkan. Getah disusun atas getah yang dijadikan para. Pemain akan mengambil giliran untuk tuju getah yang dikenali sebagai ibu ke arah para. Kalau jatuh semua kira dia menang. kalau jatuh sikit giliran pemain lain. Sekiranya getah terkena tanah dan tidak terus jatuh dikira tak menang. Letak semula dan gilran pemain lain tuju. Ibu getah selalunya dari getah jenis besar. Ada juga guna getah yang telah dijalin dijadikan ibu. Kena ikut setuju pemain nak guna ibu jenis mana. Boleh  seharian leka bermain.