Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Makan waktu malam adalah masa interaksi keluarga yang baik. Pada waktu siqang mungkin abah tak dapat bersama kerana kerja. Bila tiba time makan, adik yang perempuan tolong mak hidang makanan. Lepas tu semua bersila depan makanan. Tunggu abah datang. Bila abah datang, mak akan duduk sebelah abah sedangkan kami duk dalam bulatan menghadap makanan. Kami tunggu abah mula makan dulu baaru kami ikut. Masa makan kami jarang bercakap, tak baik kata orang tua2, cakap masa makan. Makan dengan tertib. Tak da la berebut2 atau gelojoh. Lagi satu diajar ialah selepas selesai makan letakkan sikt air dalam pinggan. Siapa pun tak bangun selagi abah tak bangun walaupun sudah makan. Disiplin itulah yang kita amalkan iaitu makan di meja makanan. Perhatikan anak2 kita hari ini. Kalau kita makan di meja. kadang2 mereka longgok nasi dan lauk dalam satu pinggan dan bawa makan depan tv. Di mana silapnya ......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan