Jumaat, 30 September 2011

TRADISI MENIMBA TELAGA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu bila musim kemarau ada juga tradisi menimba telaga. Beberapa orang akan berpakat untuk menimba mana-mana telaga yang hampir kering. Kami yang masih kanak-kanak pada masa itu duduk keliling telaga memerhati saja. Bila telaga dah hampir nak kering nampaklah ikan-ikan terkodek-kodek. Banyaklah ikan haruan, keli dan puyu. Ikan-ikan ni akan dikumpul dalam timba dan dibahagikan sesama mereka yang menimba tadi. Ikan yang banyak itu ada yang dimakan dan ada juga yang dibuat kering atau pekasam. Kadang-kadang alor juga ditimba. Mula buat sekatan dengan batang nipah dan lumpur di hulu dan di hilir. Lepas itu timba sehingga kering dan hasil ikan darat akan dapat ditangkap.

4 ulasan:

LiMehad berkata...

Salam....
Blog anda telah dilawati. Dlm dok merayau cari gambaq pelita dlm tin minyak tu (tempat aku di aloq tebuan tu pangge pelita sarang)jumpa laa blog Kampung Keriang Pulau....Tahniah, blog yg menarik!

Kampung Keriang Pulau: Memori Sejenak berkata...

saya tak jumpa foto pelita sarang. Saya pinjam lukisan cikgu untu saya update blog saya ..boleh kot

LiMehad berkata...

Silakan, silakan....puas jugak la kelebek. Tak jumpa jugak. Tu yg reka seniri tuh...hahahahah

LiMehad berkata...

Silakan...silakan. Puas saya kelebek tak jumpa jugak. Tu yg reka seniri tuh..hahahahaha