Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Naskah asal salasilah ini ditulis dalam tulisan jawi. Ianya tidak tersusun melainkan dalam bulatan-bulatan kecil untuk menceritakannya. Naskah asal ada dalam simpanan Hj. Md Hasbullah Batu 2 dalam lampiran kertas yang besar. Salinan salasilah ini saya perolehi dari abang Md. Hasbullah pada tahun 1986. Ada saya simpan dalam "frame" di rumah emak saya, tapi baru-baru ini dipinjam oleh Abang Halim. Dipercayai naskah ini ditulis oleh Nik Wan atau diamanahkan kepadanya. Dipercayai juga naskah ini diserahkan kepada Nik Adam kerana beliau seorang sahaja dari ahli keluarganya yang keluar dari Pattani supaya hubungan kekeluargaan tidak putus. Dipercayai salasilah ini ditulis sekurang-kurangnya oleh 3 orang iaitu Nik Wan, Nik Adam dan Wan Hamid atau anaknya Wan Yusuff berdasarkan tulisan dan mata pen berbeza yang digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan