Pak Long Derani ada sangkut saudara mara dengan keluarga aku. Watak unik juga di kampung masa tu. Selalunya awal pagi dia datang borak rumah aku. lepas kena kopi secawan dia balik. Dia kemudian berbasikal ke Simpang kuala untuk membeli keperluan harian keluarga. Di Simpang kuala kita boleh jumpa dia di kedai kopi cina. Memang ramai pengunjung melayu masa tu. Mereka akan minum kopi dalam cawan 888 dan terus berborak. Boleh kata ketagih kopi juga kerana setiap hari mesti pergi ke kedai kopi tersebut. Pak Long Derani juga kadang2 datang juga rumah aku waktu malam untuk berborak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan