Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim menanam dah tiba.. Air sudah penuh di sawah.. Sehari sebelum menanam, Anak semai yang ditanam di petak khas akan dicabut. Samai yang dicabut akan disepak2 dengan kaki supaya tanggal selutnya dan seterusnya akan diikat dengan tali kulit daun bemban. Semai akan diangkut dengan cara dikandar atau dimuatkan dalam anok. Aku ikut juga naik anok. Tok Wan aku tuntun kerbau dan aku akan letaklah 2 ketul satu tempat untuk ditanam esoknya. Esok masa menanamnya beberapa orang yang kurang cekap menanam akan ambil bahagian atur semai.Aku tak lepas peluang ini sebab boleh main2 di sawah tanpa kena marah dengan abah aku kerana tolong tok wan aku atur semai.. Tugas kami ialah bertanggungjawab kepada bebarapa orang yang menanam padi ni antara 4 hingga 5 orang satu kumpulan. Tugas kami hulur semai bila penanam tu dah habis semai yang dihulurkan. Bila habis semai ditangan tu yang seronok tu berlari untuk dapat anak semai yang diatur. Nak dengar gossip memang la banyak. kita budak2 dengar saja tak leh nak campur la. Ada beberapa lelaki pun terra menanam ni. Macam Abang Jan maliah Non. Penanam padi lak macam kak siah bang man, kak azizah, chu lat, kak maliah. toh pandak ariff,, Kak doyah bang cha. Kadang ramai sungguh. Ada cara upah dan cara berderau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan