Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jerami padi kini terus dibakar selepas musim padi. Orang yang buat sawah dulu mesti ada kerbau untuk bantu di sawah. Ada yang lebih dari 2 ekor. Jerami jadi makanan kerbau. selepas musim padi. Diangkut jerami dengan anok untuk disimpan sebagai bekalan makanan kerbau. Selalunya ada satu bangsal khas untuk simpan jerami. Jerami akan disimpan sampai ke aras bumbung bangsal. Itu stok makanan kerbau untuk setahun. Kena hati-hati ambil jerami yang disimpan dibangsal. Ular sendok pun suka duduk tempat macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan