Permainan wau selalunya dimainkan selepas musim padi. Tak ramai pakar buat wau di kampung aku. Pak Cik Not, Chu Ariff, Wan dan Derani, bang Cha, Md. Din, Shahid antara yang boleh buat wau dengan baik.
Wau akan dibuat dengung sama ada dari daun mengkuang atau daun ibus. Seingat aku kepala wau bulan akan dikepal tanah liat di situ sebelum dinaikkan. Apabila dinaikkan ia akan akan dibiar di udara berhari-hari. Pada waktu malam bunyi alat dengung tu sangat merdu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan