Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu mengaji quran ada dua sesi. Sesi pagi diajar oleh Hj. Saad kemudian oleh ustazah rohani anak tok imam hr, rahman batu 2. Sesi petang diajar oleh ustaz nayan. sesi petang meriah kerana ada pelajaran nasyid. sesi petang ramai anak dara yang belum berkahwin hingga umur 20 lebih pun datang mengaji quran. ustaz nayan ajar juga nasyid tu yang geng perempuan suka datang. Kalau sesi pagi aku masih ingat seorang akan tunggu hujung titi kemudian berlari bagitau kawan-kawan ustaz hj saad dah nak sampai. Bergemalah nasyid aluan kesukaan hj. saad, "tuhan kami, tuhan kami yang menerang lagi ..... " dengan lantangnya. hj saad tentu suka kerana anak2 muridnya sedia nak belajar. Masa kini munkin naik sekolah menengah dah tak mau mengaji quran... malu kata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan