Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Permainan ini memerlukan 2 pasukan . Alatan yang perlu ialah kayu atau sebaiknya tiang rumah atau papan sepanjang 1.5 kaki dan ditegakkan serta sebiji bola sebesar bola tennis. Afa beberapa langkah bermain. setiap pergerakan perlu diulang 3 kali. Mula dengan Awas. Caranya ialah dengan membelakangkan pasukan lawan. Bola dilambung dan dipukul dengan tangan sejauh yang boleh, pemain yang memukul bola akan berteriak " Awas 1". Sekiranya bola itu dapat ditangkap semasa masih di udara, pemain itu dianggap "mati". Giliran ahli lain dalam pasukannya meneruskan. Kalau tidak dapat ditangkap, bola akan dibaling kepada kayu. Jika kena dianggap "mati". Pemain seterusnya kena mula balik. Awas 1, Awas 2 dan Awas 3. Seterusnya sebelah, Bola dilambung dengan tangan kanan atau kiri dan dipukul dengan tangan itu juga, Dua belah, bola dilambung dengan tangan kanan dan dipukul dengan tangan kiri. Siku, bola disentuh ke siku dilambung dan dipukul dengan tangan. Kangkang. kalau masa mengaji Quran pakai kain, cawat la. Bola dilambung dicelah kangkang ke udara dan dipukul dengan tangan. Klimaks permainan ialah sepak. Pasukan menyerang akan cuba menyepak sejauh mungkin manakala pasukan lawan akan cuba sepak ke arah kayu. Bila bola mati. aituju ke kayu. Permaianan ini mengambil masa laam dan melatih psikomotor yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan