Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Ahad, 13 Februari 2011
Bersanding Jam 4 pagi
Bersanding sekitar tahun 65 ke bawah adalah antara jam 4 dan 5 pagi. Tradisi tu begitu lama diamalkan. Masa itu kenduri makan tengahari dan malam. Seharian orang kampung tak payah masak. Malam hari kenduri adalah sangat meriah untuk kanak-kanak. Rumah kenduri jadi tempat berkumpul. Main kejar-kejar, main aci sembunyi, main batu lambung. Pendek kata riuh rendah. Pernah kenduri rumah Pak Lang Lah Tam kat tengah padang tu, Non anaktok mahmud tok seron kena kayu yang dibaling kat kepala sampai berdarah. Balai yang berlantaikan papan sangat menyeronokkan berlari di atasnya. Bunyi papan berlaga lagi meriah bila berlari. Sesekali orang2 tua melarang juga kerana menganggu. Bila letih bermain, ramai2 tidur atas balai sementara menunggu majlis persandingan. Nakal masa tu tak payah cakaplah. Bila ada yang tidur tu macam-macamlah. Buat pancing garam. Garam buku diikat dengan benang dan diletak pada mulut. Macam2lah reaksi yang kena pancing tu. Mata tetap pejam. Buat make up dayang senandung. Cari kertas tonyoh arang lepas tu sapu kat muka kawan2 yang tidur. Lepas tu kejut kata pengantin dah sampai. Bila bangun dia akan ketawa tengak muka kawan dia hitam, tapi dia lupa muka dia pun hitam juga. Satu lagi meletakkan buat keduduq. Tempat lain panggil apa tak tau la pulak. Buah ini gatal. Disapukan pada dua siku dan dua telinga pada kawan yang dah tidur. Lepas tu pakatlah ketawa ramai2. Bayangkan macam mana kawan tu mengaru silih berganti tempat yang gatal tu. Seingat aku majlis persanding jam 4 pagi yang terakhir di kampung aku adalah di rumah pak tam salleh. Pengantin lelaki yang ditunggu sampai jam 7 pagi. Semua orang cemas masa menunggu. Aku dengar bila pengantin lelaki sampai pak tam halau balik. Malu agaknya. Tapi tak lama mereka pun baik balik lepas tu. Mungkin keluarga pengantin lelaki tak sedar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan