Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa aku baru lepas MCE adik aku dan kawan-kawannya minta tolong buat kelas tambahan ajar mereka.Masa tu mana ada sangat tempat ajar tusyen ni. Aku pilih madrasah untuk ajar 4 @ 5 orang mereka. Kemudian beberapa aoarng kawan-kawan lain minta tumpang belajar. Bilangannya mula bertambah dari masa ke masa. Untuk menampung kos alat tulis dan bayar saguhati aku dan Mat Shahid kami kutip yuran seringgit sebulan. Pelajar datang dari kampung-kampung berdekatan dan jauh-jauh pun ada. Ada dari Tok Seron, Alor Pangsa, Batu 2, Tandop, Telok Bagan, Titi keling, Hujung Alor. Ada juga dari telok kechai, Kuala Kedah dan Simpang Empat. Memang meriahlah kampung aku hari Jumaat dan sabtu. Pelajarnya pula ramai perempuan. seronoklah budak-budak muda kampung masa tu. Ada yang datang jalan kaki, berbasikal dan naik bas, Kalau naik bas kenalah jalan kaki setengah batu untuk masuk ke.kampung. aku tengak mereka sangat gigih nak belajar. Sedihnya, budak-budak kampung aku tak ramai tunjuk minat nak belajar. Pelajar yang duduk jauh susah payah datang belajar. Masa pelajar-pelajar ni ambil SPM aku baru selesai HSC. Mereka minta aku sambung mengajar. Result HSC belum keluar. Bimbang juga takut aku fail malulah kat mereka.Bila aku cuti Universiti mereka minta aku bantu ajar untuk STPM. Masa ni mereka dah dapat tapak kat sekolah kebangsaan Sg, korok Baru..
1 ulasan:
terima kasih kpd cikgu man krna pernah mengajar saya tuisyen di madrasah kg k.pulau pd thun 1976. seingat saya ilmu yg disampaikan oleh ckgu amat berkesan. jasa ckgu tetap saya kenang. -Jalilah
Catat Ulasan