Isnin, 28 Februari 2011

Main Sole

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Permainan ini memerlukan 2 pasukan . Alatan yang perlu ialah kayu atau sebaiknya tiang rumah atau papan sepanjang 1.5 kaki dan ditegakkan serta sebiji bola sebesar bola tennis. Afa beberapa langkah bermain. setiap pergerakan perlu diulang 3 kali. Mula dengan Awas. Caranya ialah dengan membelakangkan pasukan lawan. Bola dilambung dan dipukul dengan tangan sejauh yang boleh, pemain yang memukul bola akan berteriak " Awas 1". Sekiranya bola itu dapat ditangkap semasa masih di udara, pemain itu dianggap "mati". Giliran ahli lain dalam pasukannya meneruskan. Kalau tidak dapat ditangkap, bola akan dibaling kepada kayu. Jika kena dianggap "mati". Pemain seterusnya kena mula balik. Awas 1, Awas 2 dan Awas 3.  Seterusnya sebelah, Bola dilambung dengan tangan kanan atau kiri dan dipukul dengan tangan itu juga, Dua belah, bola dilambung dengan tangan kanan dan dipukul dengan tangan kiri. Siku, bola disentuh ke  siku dilambung dan dipukul dengan tangan. Kangkang. kalau masa mengaji Quran pakai kain, cawat la. Bola dilambung dicelah kangkang ke udara dan dipukul dengan tangan. Klimaks permainan ialah sepak. Pasukan menyerang akan cuba menyepak sejauh mungkin manakala pasukan lawan akan cuba sepak ke arah kayu. Bila bola mati. aituju ke kayu. Permaianan ini mengambil masa laam dan melatih psikomotor yang baik.

Selasa, 22 Februari 2011

Pasar Khamis Simpang Empat

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulunya, situlah satu-satu pasar minggu. Tapi dia takat tengahari saja. Jaraknya dengan kampung aku dekat 10 km juga. Di situ tumpuan untuk dapat keperluan dapur. Popularnya untuk dapat daging fresh tok hj Jaafar. Satu lagi menu yang tak dilepas peluang ialah bihun sup. Walaupun penjual bihun sup ni tak pernah senyum2 pun tapi bihun sup dia sangat laris. Beratur orang membelinya. Lepas order dok la tunggu kat kerusi panjang tanpa meja. Bungkus balik lagi.

Isnin, 21 Februari 2011

Ikan Laga

Kampung Keriang Pulau Memori S
Hobi mengumpul ikan laga masa kecik memang ada. Tempat aku ikan laga dipanggil ikan karin. Ada tempat lain panggil ikan sembilai. Kalau tempat aku ikan sembilai tu pucat dan tak boleh dibawa berlaga.Masa tu ikan lagi cari sendiri. Tak beli. Ikan lagi boleh didapati di celah2 pokok kelipok atau pokok nipah. Port popular kat kampung aku ialah dekat batas kepala jalan dalam kawasan kilang bihun. Teknik nak cari ikan laga ni, pertama sekali kena tengak buih. Kalau buih warna perang maknanya ikan itu garang untuk berlaga. Ikan karin akan berada di bawah buih ini. Gunakan dua belah tangan untuk sauk di bawah buih. Ikan karin akan diletak dalam botol kaca. Eloknya botol nescafe. Boleh juga letak dam bulb mentol lampu bulat. Buang filemen di dalam dan letak dawai sebagai tangkai. aku pernah pergi sampai batu 5, rumah Fuzi kawan sekolah aku kerana dia janji nak bagi ikan laga kat aku. Pergi juga sampai ke rumah Khalid hj Ismail telok bagan kerana minat ikan laga.
ejenak

Ahad, 20 Februari 2011

Jual ubat

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jual ubat di kampung aku diadakan pada waktu malam. Bersama itu ada kumpulan muzik dan ahli silap mata. Pernah sekali dibawa :orang timun". insan malang tanpa kaki dan tangan untuk menarik orang ramai.. Malamnya ramai orang kampung berkumpul. Kira itu hiburan hebat bagi orang kampung. Peluang juga diberi kepada orang kampung kalau nak menyanyi dengan kumpulan itu. Aku ingat lagi malam tu Daud Drani dan Mid Jasin masuk nyanyi. Aku pun tumpang sekaki. Nyanyi lagu  cincin emas. Lucu...... .

Khamis, 17 Februari 2011

Penjual ais ketul di bulan puasa

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sebelum bulan posa ramai geng aku dah plan jual ais ketul. Masa tu mana ada peti ais. Ais akan dipotong kepada bongkah2 dan ditimbus dengan serbuk kayu kerna takut cair. Geng aku yang jual ais ketul ialah mat ali jasin dengan che pi. Kami ramai2 ikut kat belakang basikal seronok laungan jual ais ketul.

Wayang Penerangan

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Riuh sekampung. Malam ni ada wayang free. Petangnya kereta jabatan penerangan akan keliling kampung memaklumkan bahawa malam ni  ada wayang free. Ramailah kami berkumpul dekat surau tengak dia orang pacak tiang untuk rentang kain screen. Belum maghrib lagi kanak-kanak dah berkumpul, Bawa tikar,  surat khabar untuk buat lapik. Ada juga yang menjual kacang kuda, air ais, bihuin dan lain2.Mula tayang gambar kartun, rencana pembangunan. Di tengah 2 ada ucapan la pulak. Part ni la yang mengantuk, Last barulah tayang cerita koboi atau cerita melayu,

Rabu, 16 Februari 2011

Anak Kedah: Kenangan Mengusik Jiwa

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Cree ada menghantar satu email tentang coretan seorang budak kampung di Kulim, Kedah. Aku letakkan di sini untuk kita kongsikan bahawa betapa indahnya menjadi budak kampung yang mungkin tidak boleh dihayati budak-budak hari ini. Susah-payah, pahit jerit kehidupan adalah satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli dan tanpa harga boleh ditebus,
Untuk membaca kisah seterusnya tentang budak kampung yang gigih ini, klik link ini.

Kantin sekolah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kalau diberi dua puluh sen masa tu memang kira besar untuk belanja. Kat kantin aku masih ingat makan bihun 5 sen. Kalau 10 sen ada diletakkan kuah kacang. Bihun akan disusun dalam pinggan tin. Ambil dan bayar dekat penjual. Selalu juga aku pakat dengan kawan-kawan bawa bekal. Dekat laman sekolah masa tu ada satu bulatan kok besar. Di tengah-tengah ada pokok bunga. Kami akan duduk keliling kok dan makan beramai-ramai. Sekolah menengah baru bawa belanja 30 sen. Tentu tergelak besar kanak-kanak sekarang mendengarnya. Nak belanja apa dengan duit sebanyak itu. Kalau aku tak balik rumah tengahari, aku tak makan waktu rehat. Memang dah kebiasaan aku makan sebelum pergi sekolah. Waktu tengahari aku singgah satu kedai mamak kat Taman Berjaya. Nasi kuning satu dengan telur sebelah, air kosong. Cukuplah 30 sen tu. Aku cari semuala kedai itu kini. Tapi sudah tiada.

Jual Kuih

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bagi menampung perbelanjaan, aku menjual kuih di sekolah. Aku jual bihun goreng dengan kacang kuda. Bihun mak aku goreng dan kacang kuda dibuat oleh sepupulu kak jah. Masa tu aku darjah 3. Aku bawa 2 beg ke sekolah. Satu beg kuih satu beg buku. Masa tu popular dengan nama beg klorok. Beg rotan dengan satu tangkai di tengah. Pernah juga duit jualan aku di curi. Aku sedih. Aku tak dapat beniaga lama kerana pak cik kantin komplen kat guru besar. Cikgu aku panggil dan aku tidak dibenar menjual lagi.

Ahad, 13 Februari 2011

Bersanding Jam 4 pagi

Bersanding sekitar tahun 65 ke bawah adalah antara jam 4 dan 5 pagi. Tradisi tu begitu lama diamalkan. Masa itu kenduri makan tengahari dan malam. Seharian orang kampung tak payah masak. Malam hari kenduri adalah sangat meriah untuk kanak-kanak. Rumah kenduri jadi tempat berkumpul. Main kejar-kejar, main aci sembunyi, main batu lambung. Pendek kata riuh rendah. Pernah kenduri rumah Pak Lang Lah Tam kat tengah padang tu, Non anaktok mahmud tok seron kena kayu yang dibaling kat kepala sampai berdarah. Balai yang berlantaikan papan sangat menyeronokkan berlari di atasnya. Bunyi papan berlaga lagi meriah bila berlari. Sesekali orang2 tua melarang juga kerana menganggu. Bila letih bermain, ramai2 tidur atas balai sementara menunggu majlis persandingan. Nakal masa tu tak payah cakaplah. Bila ada yang tidur tu macam-macamlah. Buat pancing garam. Garam buku diikat dengan benang dan diletak pada mulut. Macam2lah reaksi yang kena pancing tu. Mata tetap pejam. Buat make up dayang senandung. Cari kertas tonyoh arang lepas tu sapu kat muka kawan2 yang tidur. Lepas tu kejut kata pengantin dah sampai. Bila bangun dia akan ketawa tengak muka kawan dia hitam, tapi dia lupa muka dia pun hitam juga. Satu lagi meletakkan buat keduduq. Tempat lain panggil apa tak tau la pulak. Buah ini gatal. Disapukan pada dua siku dan dua telinga pada kawan yang dah tidur. Lepas tu pakatlah ketawa ramai2. Bayangkan macam mana kawan tu mengaru silih berganti tempat yang gatal tu. Seingat aku majlis persanding jam 4 pagi yang terakhir di kampung aku adalah di rumah pak tam salleh. Pengantin lelaki yang ditunggu sampai jam 7 pagi. Semua orang cemas masa menunggu. Aku dengar bila pengantin lelaki sampai pak tam halau balik. Malu agaknya. Tapi tak lama mereka pun baik balik lepas tu. Mungkin keluarga pengantin lelaki tak sedar.

Sabtu, 12 Februari 2011

Kelas Tambahan

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa aku baru lepas MCE adik aku dan kawan-kawannya minta tolong buat kelas tambahan ajar mereka.Masa tu mana ada sangat tempat ajar tusyen ni.  Aku pilih madrasah untuk ajar 4 @ 5 orang mereka. Kemudian beberapa aoarng kawan-kawan lain minta tumpang belajar. Bilangannya mula bertambah dari masa ke masa. Untuk menampung kos alat tulis dan bayar saguhati aku dan Mat Shahid kami kutip yuran seringgit sebulan. Pelajar datang dari kampung-kampung berdekatan dan jauh-jauh pun ada. Ada dari Tok Seron, Alor Pangsa, Batu 2, Tandop, Telok Bagan, Titi keling, Hujung Alor. Ada juga dari telok kechai, Kuala Kedah dan Simpang Empat. Memang meriahlah kampung aku hari Jumaat dan sabtu. Pelajarnya pula ramai perempuan. seronoklah budak-budak muda kampung masa tu. Ada yang datang jalan kaki, berbasikal dan naik bas, Kalau naik bas kenalah jalan kaki setengah batu untuk masuk ke.kampung. aku tengak mereka sangat gigih nak belajar. Sedihnya, budak-budak kampung aku tak ramai tunjuk minat nak belajar. Pelajar yang duduk jauh susah payah datang belajar. Masa pelajar-pelajar ni ambil SPM aku baru selesai HSC. Mereka minta aku sambung mengajar. Result HSC belum keluar. Bimbang juga takut aku fail malulah kat mereka.Bila aku cuti Universiti mereka minta aku bantu ajar untuk STPM. Masa ni mereka dah dapat tapak kat sekolah kebangsaan Sg, korok Baru..

Khamis, 10 Februari 2011

Pesta Kedah: Anak Lima

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pesta Kedah selalu diadakan selepas musim padi selama sebulan. Geng muda sibuklah cari upah buat belanja masa pesta.Banyak unsur judilah. Main tembak patung, baling gelang, baling bola pingpong. Dapatlah hadiah gantian macam rokok, anak patung, kotak minuman. Tarikan ialah pentas rambong. Sebaris perempuan duduk di kerusi, bila muzik dimainkan, Melurulah lelaki naik ke pentas untuk memilih pasangan untuk menari. Lagu popular masa ni ialah anak lima dan rambong. Bang Daut Derani, Ki Manan memang kaki pesta. Tiap2 malam mereka akan pergi.

Kedai makan dulu-dulu

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu mana ada banyak kedai makan..Gerai yang popular ialah Kedai makan Sri Tanjung kat simpang lima dekat market lama. Mee Abu kat tapak roundabout telok Wan Jah . Mee tongek kat panggung Empire. Mamak goreng mee simple saja. taruk mee, kuchai, taugeh, tokwa hidung dalam pinggan tin. Duk la makan kat kerusi panjang tanpa meja tu. Depan panggung Empire ada bihun sup lepas tu baru popular bihun sup boom kat stesen bas baru. Kalau kat panggung Royal ada cina jual air ais bubuh dalam flask dengan ice. Bila order dituang dalam gelas. kat panggung cathay ada jual tokwa, telur puyuh cucuk ngan lidi. Ada bekas kuah untuk dicicah. Dekat traficlight balai nobat ada jual popia (sekarang dah tiada di situ) Kat sekoalh aku di mergongvada satu kedai mamak aku makan tengahari. Nasi kuning dengan lauk sebelah baru 30 sen masa tu. Kalau ais kacang depan kolej tempatnya. Masa balik sekolah dengan Lid kawan aku dia selalu singgah kedai mamak depan pejabat pos. Masa tu lauk itu dimasukkan dalam tin susu yang kosong dan diikat. Tak guna plastik lagi. Kalau nak makan cendol dekat titi market lama ada dijual. ais disagat bukan mesin. Dekat kepala titi baru tu ada kedai makan jasin (org kampung aku). Penggunjungnya ada yang datang naik basikal, motor atau perahu. perahu nelayan diikat dan depa naik minum dulu. Jasin juga ada jual mee tongek nie. Kalau aku pergi beli ikan akt market tentu aku tak miss kedai jasin dengan ice cendol. Kalau laksa aku suka makan kat gerai tepi sungai belakang panggung royal. Kemudia barulah ada nasi Tat Baghdad, Nasi depan kolej, Nasi Zam Zam. Kadang-kadang teringat balik nak makan masakan2 macam tu yang asalnya.  Banyak dah hilang seninya .....

Rabu, 9 Februari 2011

Pergi Sekolah di hari hujan.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari-hari hujan sangat sukar untuk ke sekolah. Dulu aku pergi sekolah berjalan kaki. Mana mampu beli basikal lagi masa tu. Berkumpul dua tiga orang berjalan kaki ke sekolah. Bila hujan tunggu agak reda sikit, Ibuku akan memotong pelepah pisang untuk ditudung kepala. Kadang-kadang kita guna daun keladi yang besar. Nak beli payung pun tak mampu masa tu. Kalau sampai sekolah baju basah, cikgu bagi pinjam pakai jersi bola sekolah. Bangga bukan main. Bukan senang nak boleh pakai kecuali mereka yang wakili pasukan sekolah.

Selasa, 8 Februari 2011

titip Rindu buat abah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tinggi pengorbanan seorang abah melalui perit getir membesarkan anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya

Peranan dan tanggungjawab

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dalam komuniti kecil begitu, setiap orang ada peranannya. Kalau nak bidan, Tok Chah bidan ada. Kalau nak kenduri, jit pak lang napiah, hj bakar hj sharif dan pak teh ikan. Kalau nak baca tahlil ada ustad nayan, hj saad atau hj yaakub. Kalau nak sembelih ayam, cari pak ngah kadir,hj saad pendek atau bang cha. Kepala kenduri pak ngah mail tokong. Kepala tukang masak nasi choh tongkang, ad gon dan md din, kepala tukang masak lauk faridam, kepala air minuman mat jasin. Bomoh ada hj yaakub, tok shahid dan hj saad.

Rakit Nipah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mandi sungai ada banyak permainannya. Rakit nipah salah satu daripadanya. Perdu nipah yang dihanyutkan oleh air pasang akan diambil dan dinaiki beramai2. Ikut saiznya. Ada yang boleh naik sampai lima atau enam orang. Buluh digunakan untuk bergerak ke sana-sini. Pelepah nipah boleh dijadikan pelampung dengan meniarap di atasnya dan menggunakan tangan sebagai pendayung,  Satu lagi ialah dengan mengunakan kain sarung atau batik untuk dibuat apungan. Caranya di hujung kain diikat dan tangan ditimbuk untuk mengisi udara. Selam dan masuk dalam kain dan bernafas dalamnya dan terus mengapung diri. Main selam dan cari barang tersembunyi di dasar sungai. Ranting pokok dipatahkan. Seorang akan menyelam dan membenamnya dalam sungai. Lain2 akan mencari hingga jumpa dan gilirannya pula untuk membenam. Main perang dengan selut. Ada dua atau tiga team. Buat benteng dengan daun nipah dan serang dengan selut. Main menyelam. Siapa dapat menyelam paling lama.Lainnya terjun dari pokok yang tinggi. Tambahan pula Pengkalan tok aroff ada pokok condong ke sungai. popularlah pengkalan ni. Hingga tok wan aku letak reba buluh di bawahnya.

Isnin, 7 Februari 2011

Rojak Pak Teh Chin

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pak Teh Chin agak rabun. Orang panggil Chin Kelam. Dia buka kedai rojak. Jual asi kacang, air sirap dan rojak. Memang laku sebab itulah satu kedai makan yang ada dalam kampung. Satu yang istemewa masa tu ada ais kepal. Ais yang dibuat secara bulat dan diletak keliling dengan air gula merah dan gula hitam. Ais kepal akan dilapik dengan daun pisang. Jadi sambil berjalan sambil sedut. Mana ada lagi semua itu.

Siput sudu dan kepah.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu ada orang jual siput sudu dengan kepah melalui perahu. Penjualnya mengunakan dua dayung panjang sambil berdiri. Siput sudu sangat sedap. Kulitnya warna hijau berkilau2. Kalau musim buat bubur asura, kulitnya digunakan sebagai sudu. Bubur asyura akan dibubuh dalam tempurung atau daun pisang. Aku lama dah tak nampak siput sudu ni. Mungkin dah pupus.

Sabtu, 5 Februari 2011

Kaki Wayang

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku memang kaki wayang masa remaja. Panggung wayung kat Alor Star semua aku pi. Panggung Cathay, Empire, Rex, Putera, Royal, Sky, De Luxe memang tumpuan ramai. Itulah sumber hiburan orang dulu-dulu. Panggung Rex tayang gambar baru2. Tiketnys mahal dari panggung lain. Panggung Empire banyak tayang gambar hindustan. gambar hindustan dulu kalau yang best macam haati Meri sathi boleh lajak lebih sebulan. Tiket depan 80 sen, belakang seringit dua puluh lima sen dan atas seringgit empat puluh sen kot. Panggung Royal tayang gambar yang lama2 sikit. tiket depan 40 sen, belakang 80 sen. Hari Sabtu panggung royal ada Chemantenee jam 11 pagi. Gambar2 melayu lama banyak ditayangkan. Tiket depan 25 sen, belakang 40 sen. Panggung Sky waktu malam saja. Pukul  7 dan 9 malam. Tiket depan 25 sen, belakang 40 sen. Panggung De Luxe tayang gambar Cina. Masa cerita kung fu top, selalulah pi sini. Lagipun panggung tu depan rumah mak long aku di simpang kuala. Kadang2 aku masuk free saja. Orang jaga pintu tu aku kenal. Masa ni dah ada ulat jual tiket dipanggil ular ayer. Mereka beli tiket banyak2 pas tu dijual dengan harga mahal. Kalau tak abis depa jual harga rendah dari harga sebenar. Aku sekolah kat Mergong masa tu, On the way balik aku akan melalui panggung Putera, panggung Sky, panggung Rex, Royal dan de Luxe. Aku balik bagitau Zali sepupu aku. Petangnya kami akan kayuh basikal ke panggung pilihan untuk membeli tiket wayang dari wang saku sekolah yang dijimatkan. Panggung popular kami ialah Sky sebab tiketnya murah.

The Samurai

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kisah tv hitam puteh yang dicerita cree lama sebelum letrik dimasukkan tahun 1975 (aku ingat sebab tahun ni aku ambil HSC). Di kampung aku ada beberapa tv pakai generator dipakai oleh orang yang dikira berada macam  shahid, yet dan hj sharif. Kenduri pak cik nor tokwan aku ada buat sewaan tv. Ramailah orang malam2. Malam tu juga Jamil masuk mencuri di rumah aku, sebab semua pi tengak tv. Sejak malam tu juga Jamil  keluar kampung dan tak pulang2 lagi. Sebelum tv dan generator di kampung aku kena pi Tandop rumah Pak Cha. Masa tu cerita top ialah The Samurai. Masa tu aku mengaji petang. Lepas balik sekolah bergegas mandi ramai2 geng kampung kayuh basikal ke rumah pak cha. Lain pada tu siri wrestling jadi kegilaan juga. Rumah mak long aku di simpang kuala dah ada letrik. Bila hari wrestling tu ramailah geng kampung berkumpul rumah aku. Kami naik lori pi tengak di simpang kuala. meriah riuh dalam lori....

Jumaat, 4 Februari 2011

Basuh kaki.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Orang kampung dulu-dulu berjalan tak pakai kasut. Mereka suka berkunjung ke rumah kawan2. Sebelum naik ke rumah, mereka akan basuh kaki terlebih dahulu. Ditangga akan disediakan tempayan atau dipanggil ghuri untuk mengisi air basuh kaki. air diangkut dari sungai atau telaga. Aku ingat lagi di tangga dapur rumah tok wan aku ada ghuri. Di tangga depan ada belangga tembaga yang dirantai dan diisi air.Sekarang mana ada orang letak ghuri di tangga rumah lagi.

Mengaji Quran

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu mengaji quran ada dua sesi. Sesi pagi diajar oleh Hj. Saad kemudian oleh ustazah rohani anak tok imam hr, rahman batu 2. Sesi petang diajar oleh ustaz nayan. sesi petang meriah kerana ada pelajaran nasyid. sesi petang ramai anak dara  yang belum berkahwin hingga umur 20 lebih pun datang mengaji quran. ustaz nayan ajar juga nasyid tu yang geng perempuan suka datang. Kalau sesi pagi aku masih ingat seorang akan tunggu hujung titi kemudian berlari bagitau kawan-kawan ustaz hj saad dah nak sampai. Bergemalah nasyid aluan kesukaan hj. saad, "tuhan kami, tuhan kami yang menerang lagi .....  " dengan lantangnya. hj saad tentu suka kerana anak2 muridnya sedia nak belajar. Masa kini munkin naik sekolah menengah dah tak mau mengaji quran... malu kata mereka.

Khamis, 3 Februari 2011

Pondok study

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Rumahku kecil. Adikku ramai. agak sukar beri tumpuan untuk study. aku mula "lari" baca buku bawah rumah. lepa tu aku buat pondok simple2. Guna tayar lori buruk disusun dan letak plywood atasnya. Bumbung pakai kain tudung lori yang buruk2. Mula2 kat kedai pak long pie. Pas tu pindah kat tepi pokok nipah,,,,dan pindah ke beberapa lokasi lain ikut selera. Kalau hujan basahlah aku. Masa tu mana ada letrik lagi. Pakai lampu minyak tanah saja. Kemudian baru abah aku upah abang Cha buat dari kayu. Ramai berminat untuk tidur di situ jadi aku buat extension sikit.. Rmai juga datang tumpang aku di situ. Ada yang datang nak study dan ada yang datang untuk tidor ramai2. Yang bagus masa tu yang tak mau study akan pegi borak kat atas titi dekat rumah aku. Apabila kami habis study baru mai joint borak. Aku, Din orang tua, det pak yob berjaya sampai ke universiti. Masa tu kalau dapat masuk universiti kira hebatla. Ramai lagi walaupun tak masuk universiti berjaya juga.. Kiranya orang2 tua percayalah yang pi tidor pondok aku terkawal disiplinnya. Antara penghuni tetap, ya dongga, det pak yub, ki putar alam, din orang tua, e cakok, jefri thong, pie telok bagan, chan pak ya gusi. Aku yang tua dari semua. Lain2 sebaya adik aku. Memang seronok masa tu. Malam2 berlumpul dan berborak, tapi ada hadnay. Taklah menganggu jiran-jiran. Kadang-kadang bang mail kak azizah, pak lang napiah, pak long kalek singgah juga borak. Itulah bezanya dulu, kerana ada hubungan golongan tua dan muda. Walaupun aku masuk universiti pondok itu masih dihuni oleh adikku dan kawan-kawanya, Kini pondoktu telah tiada bila kami pun dah meninggalkan kampung untuk bekerja.