Selasa, 29 Mac 2011

Usung rumah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu tradisi gotong royong dulu ialah usung rumah. Kepercayaan bahawa satu-satu tempat tu membawa
nasib tidak baik atau tidak sesuai akan menyebabkan ia membuat keputusan untuk mengubah tapak rumah. Peringkat awal kawasan baru yang hendak berpindah akan dibersihkan dan tarikh ditetapkan untuk acara ubah tapak rumah. Sehari sebelum acara itu orang kampung berkumpul tebang buluh untuk diikat ditiang2 rumah. Tiang diikat dengan batang ibus dan tali. Keesokkannya boleh dikatakan satu kampung berkumpul. Antara rumah diusung yang aku ingat rumah omar md isa, rumah che pi dan last sekali rumah Jab Pekgo. Lepas usung, jamuan kecik bubur kacang atau pulut ikan kering akan dijamu. Suasana riuh-rendah dengan gelak ketawa orang kampung menjadikan acara itu begitu menarik.

Tiada ulasan: