Khamis, 17 Mac 2011

Motosikal dan Vespa

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Motosikal pertama seingat aku milik Saad Odli, Satu-satunya orang kampung yang bekerja dengan kerajaan masa tu. Honda C50 mula masuk ke kampung tu kami ikut beramai-ramai di belakangnya. Saad keja di balai polis. Masa tu budak-budak kampung takut kat dia kerana mak bapak gempak saad tangkap bawa pi balai. Kami pun kalau mandi sungai waktu petang dengar bunyi motor dia, semua lari naik. Vespa memang menjadi kegilaan peminatnya satu ketika dulu. Ada beberapa orang taksub dengan vespanya. Antara pemilik vespa Omar hj Saad, Bang Mail Kak Azizah (MD8034) yang tak dijual oleh anaknya sehingga sekarang walaupun bang mail dah meninggal. Mat Block dengan vespa merahnya, Mail Janggut, Mail Burut, Lapis muda pula Sukri md Khir, Ki Manan, Rahim, Zul Che Ad. Bunyi vespa dibuat dengan macam-macam bunyi.Ada yang sangat kuat.

Tiada ulasan: