Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kunjung mengunjung di kalangan lelaki di kampung ini agak unik. Mungkin kerana corak ekonomi yang tidak begitu mencabar masa tu.ahli kampung mempunyai masa banyak untuk kunjung mengunjung. Rumah aku kerap menerima kedatangan pengunjung. Ada yang datang pagi, ada petang, ada awal malam dan ada tengah malam. Antara pengunjung tetap ia;ah Pak Long Derani, Hj Saad Ayam Tua, Pak Ali Tong Tong, Bang Cha, Pak Lang Md Khir, Pak Lang Napiah, Pak Long Kalik. Mereka datang hanya untuk berbual kisah-kisah harian sambil minum kopi. Kalau ada rezeki adalah kueh sikit-sikit. Masa tu mana ada kedai kopi melayu nak melepak. Pak Long derani pun kalau nak kena kopi kedai lepak di kedai kopi cina simpang kuala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan