Sabtu, 5 Mac 2011

Belia Anggerik Desa

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Belia Anggerik Desa ditubuhkan awalnya oleh Bang Deris Pak Yob dan beberapa tenaga lain seperti Daud Drani, Mid Jasin dan lain-lain generasi masa tu. Aktiviti masa tu ada kelas tambahan yang dikendalikan oleh Deris Pak Yob dan abang Tat. Lepas tu aktiviti terhenti bila generasi ini keluar bekerja diluar. Masa di universiti aku terlibat secara aktif juga. aku menjadi Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya. Berbekalkan sedikit pengalaman aku cuba hidupka balik belia Anggerik Desa. Masa tu ada kumpulan belia iaitu 4B  dan MAYC. Aku bergabung dengan 4B. Berbantukan Cikgu Said, Asiah Tok Bilal, Jalil dan Usop Dahlan (tok penghulu la ni) aku hidupkan semula belia tu sebab aku tengak belia kampung dah mula melepak kat kepala jalan. Mula tubuh pasukan bola sepak, takraw, nasyid, kebudayaan dan lain-lain. Mula la aku tengak sebelah petang belia tak lagi melepak kat hujung jalan tapi penuh kat padang bola.. aku usaha dapatkan jersey, bola, bola takraw dan kelengkapannya untuk belia isi masa lapang. Beberapa belia juga sempat pergi kursus. Bila aku balik sambung belajar aku tinggal belia diurus oleh Cikgu Said dan Asiah tok bilal.

Tiada ulasan: