Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu cara menyambut puasa, berbuka puasa, sahur dan hari raya ditandai dengan bunyi meriam. Tak pasti berapa das untuk mula sambut puasa. dan sambut raya 15 das kot. Apa yang menarik ialah waktu berbuka puasa. Tanda berbuka di Alor Star ialah satu das tembakan meriam ke udara. Tembakan dibuat dekat Padang bola KFA. Menurut cerita ia ditembak oleh benggali yang ditugaskan. Setiap petang dalam kelaparan menunggu waktu berbuka, kami kanak-kanak akan berkumpul atas titi dekat rumah aku. Semua mata akan bertumpu ke udara arah Alor Star. Apabila nampak asap berekor naik ke udara, semua berlari balik kerana itu tanda meriam akan berbunyi dan waktu berbuka puasa. Begitu juga waktu sahur ditanda dengan bunyi meriam. Itulah keindahan berpuasa masa itu. Kini kanak-kanak berlengkar dalam rumah saja tengak tv sambil menunggu waktu berbuka melalu azan tv atau radio
Tiada ulasan:
Catat Ulasan