Jumaat, 18 Mac 2011

Kenduri waktu pagi

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu cara orang kampung menunjukkan kesyukuran ialah dengan membuat kenduri. Tak kiralah kenduri tahlil, kenduri arwak atau kenduri kesyukuran ianya meraiah masa dulu-dulu. Uniknya kenduri dulu-dulu dibuat waktu pagi.Kira-kira jam 9 pagi. Jamuan selalunya pulut. Dulu-dulu orang kampung menyediakan bahagian kecil sawah untuk ditanam pulut. Jelapang tok wan aku pun ada dua bahagian. Satu untuk padi jawi dan satu untuk pulut. Pulut akan dimakan sama da dengan kelapa parut dan ikan tamban kering atau otek atau talang kering. Kadang-kadang pulut dengan pisang emas, pisang bunga atau pisang susu. Pernah sekali rumah Pak ndak  Yet buat kenduri pulut dengan mempelam Siam. Kalau buat kenduri pulut dengan durian kira hebatlah.. Walaupun kenduri dibuat sebelah pagi, orang kampung tetap ramai hadir. Itulah keindahan semangat bersatu padu orang kampung masa tu.

Tiada ulasan: