Sabtu, 12 Mac 2011

Buah-buahan kampung

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak buah-buahan kampung tidak di komersialkan. Dulu-dulu buah-buahan di kampung adalah milik semua. Walaupun pokok itu ada dalam kawasan rumah orang lain, kita boleh makan. Syaratnya mintalah dengan tuan empunya. Jangan curi saja. Setiap rumah ada saja buah-buahnya. Ada juga yang telah pupus.
Buah seralat berwarna keperangan, Buahnya berbulu dan gatal kalau kena di badan. Nak makannya mestilah gosok dulu kulitnya dengan puloq sabut. Ada di rumah tok Arof dan Hj Sharif, Buah durian belanda ada di rumah tok Arof dan Bang Cha. Buah rotan di jerat cina. Buah setol di rumah pak long pie, pak ndak ariff, Buah setey ada di rumah tok cik wan che ta. Buah komoi. Buah berembang tepi sungai rumah tok arof, rumah pak yub, pengkalan chut dan rumah tok bilal. Buah kote mamak ada di padang tok sembilan dan jerat cina. Buah keranda depan rumah aku dan rumah tok arof. Buah nona rumah pak long Derani. Buah mertajam rumah aku, rumah nmak njang mah. Buah pelam keliling rumah pak lang Lah Tam tengah padang tu. Buah nipah ada di mana-mana tepi sungai. Buah janggus di rumah tok arof , tok mat bilal dan hj sharif.Buah gonchak kat padang tok mat sembilan Buah keriang dot rumah pak long pie dan hj shariff. Paling banyak ialah pokok keriang. Ada keliling kampung macam pulau. Itu sebab kamping ini dinamakan Kg. Keriang Pulau.. Pokok keriang ini adalah tempat mainan kami dulu-dulu. Ramai-ramai tak kira lelaki ke perempuan naik pokok bersuka-ria sampai ke julainya. Sepupuku salmah pie naik sampai ujung julai. Tak rasa takutpun masa tu. Tikar mengkuang atau plastik dihampar di bawah pokok. Dahan digoncang, berderau bunyi buah jatuh. Budak dibawah akan kutip.

1 ulasan:

CREE berkata...

buah kote mamak...ada jugak kat jalan belakang rumah mat poek...sekarang ini jalan masuk ke kampung kita..melalui lebuhraya