Rabu, 9 Mac 2011

Padang Bola Sekolah Sg. Korok Lama

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Baru ni aku lalu jalan ke sekolah kebangsaan sg. korok lama. Tak tahulah kalau dah tukar nama lain. Terpandang saja padang bola teringat aku kehangatan padang tu bila musim pertandingan bola sekolah rendah. Walaupun aku tak pernah main untuk sekolah rendah kerana abah aku hanya mau aku fokus pada pelajaran, aku memang peminat setia jadi penonton bila ada pertandingan melibatkan pasukan Sekolah Kebangsaan Tandop. Masa tu Sekolah Kebangsaan Tandop memang digeruni dengan jurulatih abang Pie Telok Bagan. Aku ingat lagi final antara Sekolah Tandop dengan Sekolah Kebangsaan Langgar yang memang kuat masa tu. Aku ingat lagi half tengah dia nama Md. Rafi. Memang susah nak lepas dia. Masa final tu tiba-tiba hujan lebat. Sekolah tandop dok kena asak saja. Tiba-tiba boleh ditendang ke atas dapat kat adik aku rahim yang main wing kanan masa tu. Dari tengah padang dian berlari sola dan berjaya memperdayakaan md. rafi dan menjaring gol yang cantik di penjuru gol.. Sekolah Tandop juara tahun tu. Begitu jugak bila adi ku Pin main untuk sekolah Tandop, posisi forward kiri. Berpasangan dengan budak telok bagan memang aku tak lepas menonton. dia selalu dapat jaring gol. Sekolah tandop jadi juara lagi tahun tu...

Tiada ulasan: