Jumaat, 18 Mac 2011

Susu kerbau

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tok Wan aku memang membela beberapa ekor kerbau. Salah satu hasilnya ialah susu. Kerbau yang beranak kecil memang banyak susunya. Anak kerbau hendaklah diikat berasingan untuk mendapatkan susu.
Sebelah pagi Tok wan akan memerah susu. Tok Wan akan membawa papan kuda untuk bangku duduk dan bekas untuk tadahan susu. Selepa susu diperah barulah anak kerbau dilepas kepada ibunya. Susu akan dimasak dengan memasukkan sedikit garam. Susu kerbau yang dimasak akan jadi "kepala" di sebelah atas. "kepala susu" memang sedap. Lagilah sedapnya kalau susu dimakan dengan pulut durian atau pisang. Tambah susu dengan kopi pun sedap juga.

Tiada ulasan: