Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu tradisi gotong royong dulu ialah usung rumah. Kepercayaan bahawa satu-satu tempat tu membawa
nasib tidak baik atau tidak sesuai akan menyebabkan ia membuat keputusan untuk mengubah tapak rumah. Peringkat awal kawasan baru yang hendak berpindah akan dibersihkan dan tarikh ditetapkan untuk acara ubah tapak rumah. Sehari sebelum acara itu orang kampung berkumpul tebang buluh untuk diikat ditiang2 rumah. Tiang diikat dengan batang ibus dan tali. Keesokkannya boleh dikatakan satu kampung berkumpul. Antara rumah diusung yang aku ingat rumah omar md isa, rumah che pi dan last sekali rumah Jab Pekgo. Lepas usung, jamuan kecik bubur kacang atau pulut ikan kering akan dijamu. Suasana riuh-rendah dengan gelak ketawa orang kampung menjadikan acara itu begitu menarik.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Selasa, 29 Mac 2011
Jumaat, 18 Mac 2011
Susu kerbau
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tok Wan aku memang membela beberapa ekor kerbau. Salah satu hasilnya ialah susu. Kerbau yang beranak kecil memang banyak susunya. Anak kerbau hendaklah diikat berasingan untuk mendapatkan susu.
Sebelah pagi Tok wan akan memerah susu. Tok Wan akan membawa papan kuda untuk bangku duduk dan bekas untuk tadahan susu. Selepa susu diperah barulah anak kerbau dilepas kepada ibunya. Susu akan dimasak dengan memasukkan sedikit garam. Susu kerbau yang dimasak akan jadi "kepala" di sebelah atas. "kepala susu" memang sedap. Lagilah sedapnya kalau susu dimakan dengan pulut durian atau pisang. Tambah susu dengan kopi pun sedap juga.

Kenduri waktu pagi
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu cara orang kampung menunjukkan kesyukuran ialah dengan membuat kenduri. Tak kiralah kenduri tahlil, kenduri arwak atau kenduri kesyukuran ianya meraiah masa dulu-dulu. Uniknya kenduri dulu-dulu dibuat waktu pagi.Kira-kira jam 9 pagi. Jamuan selalunya pulut. Dulu-dulu orang kampung menyediakan bahagian kecil sawah untuk ditanam pulut. Jelapang tok wan aku pun ada dua bahagian. Satu untuk padi jawi dan satu untuk pulut. Pulut akan dimakan sama da dengan kelapa parut dan ikan tamban kering atau otek atau talang kering. Kadang-kadang pulut dengan pisang emas, pisang bunga atau pisang susu. Pernah sekali rumah Pak ndak Yet buat kenduri pulut dengan mempelam Siam. Kalau buat kenduri pulut dengan durian kira hebatlah.. Walaupun kenduri dibuat sebelah pagi, orang kampung tetap ramai hadir. Itulah keindahan semangat bersatu padu orang kampung masa tu.

Khamis, 17 Mac 2011
Motosikal dan Vespa
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Motosikal pertama seingat aku milik Saad Odli, Satu-satunya orang kampung yang bekerja dengan kerajaan masa tu. Honda C50 mula masuk ke kampung tu kami ikut beramai-ramai di belakangnya. Saad keja di balai polis. Masa tu budak-budak kampung takut kat dia kerana mak bapak gempak saad tangkap bawa pi balai. Kami pun kalau mandi sungai waktu petang dengar bunyi motor dia, semua lari naik. Vespa memang menjadi kegilaan peminatnya satu ketika dulu. Ada beberapa orang taksub dengan vespanya. Antara pemilik vespa Omar hj Saad, Bang Mail Kak Azizah (MD8034) yang tak dijual oleh anaknya sehingga sekarang walaupun bang mail dah meninggal. Mat Block dengan vespa merahnya, Mail Janggut, Mail Burut, Lapis muda pula Sukri md Khir, Ki Manan, Rahim, Zul Che Ad. Bunyi vespa dibuat dengan macam-macam bunyi.Ada yang sangat kuat.

Kunjung mengunjung
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kunjung mengunjung di kalangan lelaki di kampung ini agak unik. Mungkin kerana corak ekonomi yang tidak begitu mencabar masa tu.ahli kampung mempunyai masa banyak untuk kunjung mengunjung. Rumah aku kerap menerima kedatangan pengunjung. Ada yang datang pagi, ada petang, ada awal malam dan ada tengah malam. Antara pengunjung tetap ia;ah Pak Long Derani, Hj Saad Ayam Tua, Pak Ali Tong Tong, Bang Cha, Pak Lang Md Khir, Pak Lang Napiah, Pak Long Kalik. Mereka datang hanya untuk berbual kisah-kisah harian sambil minum kopi. Kalau ada rezeki adalah kueh sikit-sikit. Masa tu mana ada kedai kopi melayu nak melepak. Pak Long derani pun kalau nak kena kopi kedai lepak di kedai kopi cina simpang kuala.

Isnin, 14 Mac 2011
Meriam berbuka puasa
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu cara menyambut puasa, berbuka puasa, sahur dan hari raya ditandai dengan bunyi meriam. Tak pasti berapa das untuk mula sambut puasa. dan sambut raya 15 das kot. Apa yang menarik ialah waktu berbuka puasa. Tanda berbuka di Alor Star ialah satu das tembakan meriam ke udara. Tembakan dibuat dekat Padang bola KFA. Menurut cerita ia ditembak oleh benggali yang ditugaskan. Setiap petang dalam kelaparan menunggu waktu berbuka, kami kanak-kanak akan berkumpul atas titi dekat rumah aku. Semua mata akan bertumpu ke udara arah Alor Star. Apabila nampak asap berekor naik ke udara, semua berlari balik kerana itu tanda meriam akan berbunyi dan waktu berbuka puasa. Begitu juga waktu sahur ditanda dengan bunyi meriam. Itulah keindahan berpuasa masa itu. Kini kanak-kanak berlengkar dalam rumah saja tengak tv sambil menunggu waktu berbuka melalu azan tv atau radio

Sabtu, 12 Mac 2011
Buah-buahan kampung
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak buah-buahan kampung tidak di komersialkan. Dulu-dulu buah-buahan di kampung adalah milik semua. Walaupun pokok itu ada dalam kawasan rumah orang lain, kita boleh makan. Syaratnya mintalah dengan tuan empunya. Jangan curi saja. Setiap rumah ada saja buah-buahnya. Ada juga yang telah pupus.
Buah seralat berwarna keperangan, Buahnya berbulu dan gatal kalau kena di badan. Nak makannya mestilah gosok dulu kulitnya dengan puloq sabut. Ada di rumah tok Arof dan Hj Sharif, Buah durian belanda ada di rumah tok Arof dan Bang Cha. Buah rotan di jerat cina. Buah setol di rumah pak long pie, pak ndak ariff, Buah setey ada di rumah tok cik wan che ta. Buah komoi. Buah berembang tepi sungai rumah tok arof, rumah pak yub, pengkalan chut dan rumah tok bilal. Buah kote mamak ada di padang tok sembilan dan jerat cina. Buah keranda depan rumah aku dan rumah tok arof. Buah nona rumah pak long Derani. Buah mertajam rumah aku, rumah nmak njang mah. Buah pelam keliling rumah pak lang Lah Tam tengah padang tu. Buah nipah ada di mana-mana tepi sungai. Buah janggus di rumah tok arof , tok mat bilal dan hj sharif.Buah gonchak kat padang tok mat sembilan Buah keriang dot rumah pak long pie dan hj shariff. Paling banyak ialah pokok keriang. Ada keliling kampung macam pulau. Itu sebab kamping ini dinamakan Kg. Keriang Pulau.. Pokok keriang ini adalah tempat mainan kami dulu-dulu. Ramai-ramai tak kira lelaki ke perempuan naik pokok bersuka-ria sampai ke julainya. Sepupuku salmah pie naik sampai ujung julai. Tak rasa takutpun masa tu. Tikar mengkuang atau plastik dihampar di bawah pokok. Dahan digoncang, berderau bunyi buah jatuh. Budak dibawah akan kutip.
Rabu, 9 Mac 2011
Padang Bola Sekolah Sg. Korok Lama
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Baru ni aku lalu jalan ke sekolah kebangsaan sg. korok lama. Tak tahulah kalau dah tukar nama lain. Terpandang saja padang bola teringat aku kehangatan padang tu bila musim pertandingan bola sekolah rendah. Walaupun aku tak pernah main untuk sekolah rendah kerana abah aku hanya mau aku fokus pada pelajaran, aku memang peminat setia jadi penonton bila ada pertandingan melibatkan pasukan Sekolah Kebangsaan Tandop. Masa tu Sekolah Kebangsaan Tandop memang digeruni dengan jurulatih abang Pie Telok Bagan. Aku ingat lagi final antara Sekolah Tandop dengan Sekolah Kebangsaan Langgar yang memang kuat masa tu. Aku ingat lagi half tengah dia nama Md. Rafi. Memang susah nak lepas dia. Masa final tu tiba-tiba hujan lebat. Sekolah tandop dok kena asak saja. Tiba-tiba boleh ditendang ke atas dapat kat adik aku rahim yang main wing kanan masa tu. Dari tengah padang dian berlari sola dan berjaya memperdayakaan md. rafi dan menjaring gol yang cantik di penjuru gol.. Sekolah Tandop juara tahun tu. Begitu jugak bila adi ku Pin main untuk sekolah Tandop, posisi forward kiri. Berpasangan dengan budak telok bagan memang aku tak lepas menonton. dia selalu dapat jaring gol. Sekolah tandop jadi juara lagi tahun tu...

Isnin, 7 Mac 2011
Main guli buah goghah dan buah berembang.
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tak pasti budak-budak la kenal tak lagi buah goghah. Buah Goghah ni macam bauh getah saja. Buah ni ada tiga atau 4 kelopak. banyak terdapat di tepi sungai. Gunanya untuk main guli. Kalau silap pilih buah muda boleh hangat hidung satu hari. Tak tau pula mengapa jadi begitu. Tak nampak lagi buah-buah berembang tepi sungai. Buah muda buat cicah garam belacan dan yang masak boleh makan begitu saja. Dulu kat pengkalan Tok Arof ada pokok berembang tu.

Sabtu, 5 Mac 2011
Belia Anggerik Desa
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Belia Anggerik Desa ditubuhkan awalnya oleh Bang Deris Pak Yob dan beberapa tenaga lain seperti Daud Drani, Mid Jasin dan lain-lain generasi masa tu. Aktiviti masa tu ada kelas tambahan yang dikendalikan oleh Deris Pak Yob dan abang Tat. Lepas tu aktiviti terhenti bila generasi ini keluar bekerja diluar. Masa di universiti aku terlibat secara aktif juga. aku menjadi Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya. Berbekalkan sedikit pengalaman aku cuba hidupka balik belia Anggerik Desa. Masa tu ada kumpulan belia iaitu 4B dan MAYC. Aku bergabung dengan 4B. Berbantukan Cikgu Said, Asiah Tok Bilal, Jalil dan Usop Dahlan (tok penghulu la ni) aku hidupkan semula belia tu sebab aku tengak belia kampung dah mula melepak kat kepala jalan. Mula tubuh pasukan bola sepak, takraw, nasyid, kebudayaan dan lain-lain. Mula la aku tengak sebelah petang belia tak lagi melepak kat hujung jalan tapi penuh kat padang bola.. aku usaha dapatkan jersey, bola, bola takraw dan kelengkapannya untuk belia isi masa lapang. Beberapa belia juga sempat pergi kursus. Bila aku balik sambung belajar aku tinggal belia diurus oleh Cikgu Said dan Asiah tok bilal.

Rabu, 2 Mac 2011
Main tarik upeh
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini mainan budak dulu-dulu.Upeh pinang dipilih dan seorang jadi penumpang dan seorang lagi jadi penarik. Lepas sampai penanda, tukar pula peranan. kadang-kadang buat lumba beberapa penarik upeh.Ini aku letakkan gambar anak aku masa kecik-kecik. Saja aku perkenalkan mainan ini pada mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)