Isnin, 10 Januari 2011

Pengkalan mandi

   Zaman kanak-kanak dulu masa sangat ketat dengan jadual. Pagi pergi sekolah, petang pergi mengaji Quran, Masa tu ada masa rehat. Main sungguh-sungguh. Perempuannya main batu lambung atau lompat getah. Lelakinya dengan mainan toi kandang. Permainan yang uji ketahanan fizikal di mana bertujuan menyelamatkan rakan yang ditawan musuh.
    Bila cuti sekolah dan cuti panjang jadual pun berubah. Jadual wajib adalah mandi sungai. Masa tu semua budak kampung dari kecik hingga besar semua boleh berenang. Kalau lambat boleh berenang akan jadi bahan ejekan. Saat paling seronok adalah menunggu air pasang. Masa itu air sangat jernih. Ramai akan berkumpul di tebing sungai macam burung raja udang nak tangkap ikan. Mata liar memerhatikan apa yang dibawa arus air. Apa yang berkenan seperti bola pecah, patung mainan maka terjunlah ambilnya. Lepas itu naik semula ke tebing. Tunggu benda lain pula.
      Uniknya di kampung ini ada beberapa pengkalan tempat berkumpul dan mandi. Ada nama khas. Pengkalan Tok Mat Bilal, Pengkalan Shahid, Pengkalan Tok Arof, Pengkalan Chut, Pengkalan Md Khir. Untuk menampakkan meriahnya bolehlah pergi mandi bertukar-tukar pengkalan. Tak kisah pun masa ini nak mandi lelaki perempuan. Tak terfikir pulak benda-benda pelik pun masa tu.

1 ulasan:

CREE berkata...

hhah,haha,..pengkalan CHUT telah pun ditutup ekoran korekan sungai baru waktu itu. Namun seronoknya dok tepi sungai adalah ada orang jual Kepah,..naik perahu..dia akan jerit " Kepah, Ooi, kepah Ooi..." Kepah...