Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak.
Sambutan hari keputeraan sultan kedah dulu meriah dengan acara sungai. Pertandingan perahu panjang masa dulu sangat ditunggu2. Perahu panjang bernama Chengai, Nagasari dan satu lagi aku lupa sangat popular. Pengayuh suka Chengal kata mereka lebih ringan. Persiapan sebelum pesta oleh penduduk sangat meriah. Pengangkutan utama masa tu ialah jalan sungai dengan menaiki perahu atau tongkang. Tukang kayuh tongkang ambil bayaran sapa nak pergi. Ada yang percuma juga. Tongkang Hj Yaakub, tongkang pak lang mat khir dan beberapa perahu seperti perahu pak long pie, tok mat bilal, shahid, tok mat menyebai, man kak siah. Memang banyak perahu sebab masa tu ramai kerja menangkap ikan sungai untuk dijual. Aku kesempatan naik perahu. Kami keluar awal-awal supaya dapat duduk bawah jambatan. Ia sangat teduh. Kalau dengan perahu bebas bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Sambil berniaga kecil-kecilan. Kampung keriang pulau mewakili Mukim Pengkalan Kundur. Pernah juga jadi juara. Persaingan selalunya dengan mukim Sg. Baru. Pak Ad pendek adalah tekong. Pengayuh lain seperti chu arif, pak cik dahlan, ad katik, halim, mad din, man kak siah, shahid, bang cha dan ramai lagi. Seminggu selepas pertandingan masih riuh cerita kisah lumba perahu disurau atau rumah ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan