Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pak Ali adalah seorang peminta sedekah. Masa dulu ada orang minta sedekah dari kampung ke kampung. Pak Ali akan datang naik basikal. Dia akan bawa guni gandum. Orang dulu2 bagi sedekah dengan setin susu beras. Nak kata dia gila pun tak pasti jugak.Mungkin tu cara dia minta sedekah. Bila dia datang kami akan minta buku catatan dia. Dalam tu macam-macam orang tulis. Kami pun dibenarkan untuk tulis apa saja. Lain pada tu Pak Ali akan menyanyi atau menari bila disuruh. Kalau dia singgah rumah tok wan aku memang dia duk lama sebab tok wan aku rajin melayan dia. Masa tu peminta sedekah memanglah orang susah tapi sekarang susah nak percaya kerana ada sendiketla pulak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan