Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim padi dulu cuma sekali setahun. Padinya cukup tinggi.Aku masih ingat pulang sekolah masa tu.Pokok padi lebih tinggi dari aku di sekolah rendah masa tu. Masa tu padi ditanam dan dipukul dalam tong sendiri. Ramailah orang-orang kelantan, Pattani dan perak datang ambil upah. Mereka akan tinggal dengan keluarga yang mengupah termasuk makan-minum. Aku juga masa sekolah menengah ambil upah atur semai dan memukul padi. Partner aku memukul ialah zali, sepupu aku. Pernah juga aku ambil upah memukul waktu malam. Kami pilih waktu malam kerana sejuk dan pada masa bulan terang. kadang bawa pelita goseline untuk terangkan kawasan. Tuan padi akan sediakan kopi dan kueh atau pulut ikan kering..
Musim padi adalah pesta orang kampung. Tok aku ada sediakan satu tapak untuk tanam padi pulut.Padi pulut diketam sikit untuk dibuat emping. Pada malamnya berhimpunlah jiran-jiran tok aku untuk menumbuk emping. Emping tu ada yang digereng pedas dengan udang kering atau ikan bilis. Aku betul-betul rindu emping gorengan arwah tok aku. Ada juga yang dicampur dengan kelapa dan ditambah dengan misan nipah.
Cara buat emping cukup meriah. Ada satu alat tumbuk menggunakan kaki. Ada juga menggunakan lesong yang ditumbuk oleh dua orang secara berganti-ganti menggunakan alu. Suasana memang riuh rendah dengan jenaka dari golongan tua hingga kanak-kanak. Adakah suasana orang tua-tua bercampur gurau senda dengan kanak dan remaja masa kini. Satu kehilangan budaya kita..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan