Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Isnin, 10 Januari 2011
Pembinaa jalan kampung
Aku masih ingat peringkat mula jalan masuk kampung dibuat. Setipa petang jalan kampung dibuat secara bergotong royong. Aku masih ingat masa tu aku akan meniup tanduk kerbau milik tok wan aku. Kemudian sambut menyambut bunyi tanduk kerbau. Masing-masing keluar dengan membawa cangkul, cam tanah, penyakar, penyodok dan apa saja. Masa itu tak ada bantuan lori tanah merah. Tanah sawah kiri-kanan jalan dikorek dan ditambun menjadi jalan utama. suasana meriah berterusan hingga jalan siap untuk kegunaan semua orang kampung. Kalau rezeki lebih adalah orang buat bubur kacang makan dengan roti empat sagi. Beberapa tahun kemudian barulah ditambak dengan tanah merah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan