Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Rabu, 19 Januari 2011
Musim hujan
Musim hujan bagi pelajar sekolah Kg. keriang Pulau sangatlah mencabar. Ada yang berjalan kaki sajauh 700 meter. Tapi ramai berbasikal. Jalan yang becak dek tanah merah. Tambahan lagi kalau tanah merah baru diturap.Yang berbasikal akan membawa kayu buat mengcungkil tanah di pertengahan jalan kerana basikal tak boleh bergerak lagi. Kasut sekolah tak dipakai lagi. Dimasukkan dalam bungkusan plastik. Selain itu helaian kertas surat khabar lama dibawa juga. Apabila sampai di hujung jalan barulah semua berhenti berkumpul dan basuh kaki untuk memakai kasut sekolah di sebuah lubuk air.Di lubuk ini juga tempat aku mencari ikan laga masa kecil. Sambil mencari mataku liar memerhati kalau bayang abah aku ada. Alamat nasib tak baiklah kalau dia nampak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan