Selasa, 28 Ogos 2012

WAYANG MUSIM RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lepas saja hari raya mula berpusu2 ke panggung wayang. Budaya raya masa tu mesti tengak wayang. Cerita2 melayu  baru merebut2 masuk pawagam musim raya. Kadang2 laku hingga berminggu2 ditayangkan. Ramailah seluruh penduduk dari sekitar Kedah datang ke alor Star, Panggung wayang banyak di alor Star. Datang dengan macam2 fesyen baju raya. Kadang2 kelakar juga tengak perangai remaja yang datang entah dari mana ramainya. Penjual tiket pasar gelap pun berlambak. Mana2 yang datang dari jauh sanggup beli tiket walaupun ianya mahal. Bandar Alor star jadi sibuk orang mundar-mandir termasuklah yang nak cuba cari pasangan kekasih. Lucu juga ada yang tak dapat balik ke kampung kerana bas penuh. Kena tidurlah di kaki lima stesen bas lama tu.

Tiada ulasan: