Ahad, 12 Ogos 2012

MALAM DI BULAN PUASA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ustaz kata bulau puasa  hantu setan semua kena tambat. Seronok bukan main. Tak rasa takut. Bergerak sana sini dengan kawan2. Bawa pelita jalan sana sini. Jenguk-jenguk orang main meriam buluh. Tambah2 dekat nak raya lagilah rancak berkunjung sana sini dengan riuh rendah. Selang seli bunyi mercun dan percikan bunga api. Mak bapak pun tak kisah sangat masa ni. Masing sibuk dengan buat kueh raya seperti bahulu yang dibakar pakai sabut di atas tudung periuk. Kueh semperit kira kueh moden. Mak cik2 pula tak lupa pi karan rambut. Silap2 jadi sarang tebuanlah pada hari raya tu.

Tiada ulasan: