Isnin, 27 Ogos 2012

OPEN HOUSE RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari raya kira rumah terbuka sakan. Lepas sembahyang turun saja dari madrasah pakat ramai2 serang sesuatu rumah. Penuh sesak dan riuh rendahlah rumah tu. Kelam kabutlah tuan rumah sediakan makanan. Kalau ada siap bihun sup atau laksa dihidangkan dengan kueh dan ketupat. Lepas tu giliran rumah lain pula. Samapai semua dah kenyang tamatlah acara hari tu. Balik dan tidur kekenyangan. Trend baru hari raya buat kenduri makan nasi. Lepas sembahyang buat pengumuman jemput kenduri. Bergerak semua ke rumah tu. Makan dan kenyang. Hilanglah budaya bergerak dari rumah ke rumah. Cuma dulu lepas raya bertandang sana-sini sehari dua. Lepas tu semua jadi normal. Tak adalah nak masak hebat2 jemput orang. Makan saja apa yang ada. Hari ni lepas raya banyak sangat jemputan hari terbuka. Tak pergi nanti serba salah. Aturlah time dari satu rumah ke satu rumah. Berat badan pun menjadi2lah lepas raya.

Tiada ulasan: