Sabtu, 18 Ogos 2012

BILA DEKAT RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak bezanya dekat nak raya dulu dan sekarang
Bapak mula kumpul anak lelaki bawa ke kedai gunting. Mesti gunting rambut bila nak sambut raya, Budak hari ni bila suruh gunting rambut bagi alasan nak simpan untuk bergaya di hari raya. Pompuan pula tak miss untuk kerinting rambut macam sarang tebuan konon ikut fesyen pelakon filem.Siangnya puas kejar ayam untuk hidangan istimewa hari raya. Sabut mula dikumpul untuk bakar bahulu, Bakar dalam rumah asap penuh rumah. Puas tenyeh mata sampai merah. Kanak2 riuh rendah berlari bermain dan masa ni bebas jalan malam.  Bapak pun sibuk bayar zakat fitrah Mak pula masih tak pasti nak buat ketupat ka tidak lagi. Tunggu pengumum raya. Kalau umum jadi raya malam tu kelam kabutla buat dan rebus ketupat. Siapla tengah malam baru nak siap. Kanak2 kalau ditanya baju raya. Mesti lari balik rumah bawa tunjuk. Ini sajalah masa dapat baju baru. 

1 ulasan:

LiMehad berkata...

Salam....
Pengalaman yg tidak pernah dilalui oleh anak2 generasi sekarang...