Isnin, 3 September 2012

MERDEKA ITU PESTA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Merdeka dulu disamakan dengan pesta. Macam2 pesta ada. Malam sebelum merdeka anak muda berkumpul kat bulatan telok wan Jah. Buat lap motor. Polis datang bertempiran lari. Hari merdeka wajib pi Pantai Merdeka. Bas rombongan berpuluh2. Motosikal janganlah cakap. berpuak2 datang.Kawasan pantai penuh sesak. Orang berniaga memang buat duit.  Pentas muzik disediakan. Malamnya penuh sesak. Pernah juga di bandar Alor Star malamnya dibuat perarakan kereta berhias. Penuh orang kiri kanan jalan tengak pesta lampu warna-warni.

Tiada ulasan: