Khamis, 5 Januari 2012

BAHAGI2 TUGAS

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Keluarga aku 8 orang. Peringkat awal tu  ada 6 orang. 5 lelaki sorang perempuan.Tu pun yang nombor tiga. Memang peninglah mak aku masa tu. Maklum semua lelaki buas2 dan lasak2. So kami diberi tugas2. Banyaknya masa petanglah. Tugas sapu sampah keliling rumah, tarik sampah longkang dan lain2. Janji masa abah balik Setang semua dengan tugasnya. Tak berani nak tunggu simpang2. Dari jauh kalau nampak kelibat abah balik, Semua lari balik. Malam pulak duduk ramai2 lipat kain baju dan basuh pinggan makan malam. Kalau siang tu tolong2 juga gilibg cabai.Silap2 lepas tu panaslah tangan sampai ke petang Mana ada blander masa tu. Malam nak tidor pakat2 gantung kelambu. Mana ada bilik.pagi kemas tilam2 dan selimut letak tepi. Mana nak dapat katil masa tu. Hidup susah. Rumah pun pakai tingkap panjang tolak tahan dengan kayu saja. Rumah pulak tiga bahagian. Bahagian atas tulah ruang tamu dan ruang tido dengan sekatan gitu2 ja. Turun sikit dapur masak. Turun lagi pelantar tempat gincahan untuk membasuh pinggan. Rumah berbumbung atap seperti itu dah tak ada sekarang ni.

Tiada ulasan: