Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Orang selalu bertanya," apa hebat sangat kampung hang tu.....". Memanglah aku kena kata hebat sebab itu kampung aku. Antaranya.
Nama kampung aku kg. Keriang Pulau bukan Pulau Keriang. Maknanya taklah dikelilingi laut. Cuma kelilingnya dulu2 dengan pokok keriang.
Jalan masuk ke kampung tu satu2 jalan lebuh raya yang dibuka untuk masuk tanpa tol
Satu masa dulu dikenali juga dengan nama Kg Batu Timbul bila orang luar tertipu dengan keujudan batu timbul.
Dulu dikatakan ada ramai juga pekebun sayur bangsa cina di kampung itu tapi akhirnya semua berpindah keluar dengan tipu helah orang kampung yang memaksa secara halus supaya keluar
Ada satu jerat Cina di situ dari zaman entah bila.Sekarang sudah tidak aktif.
Dari cerita2 kampung aku dimulakan oleh moyang aku Tok Saman yang berasal dari Mata Ayer, Perlis yang berpindah semasa Perang Bisik dan meneroka rimba di situ sehingga menjadi kampung dan sawah.
Lebih hebatnya di situlah aku belajar tentang kehidupan budak kampung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan