Khamis, 19 Januari 2012

QARI DAN QARIAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ustaz Nayan ialah guru Quran yang mengajar di madrasah kampung. Kebolehan istemewa ustaz nayan ialah kemampuan dia mengajar membaca quran untuk qari dan qariah yang ingin menyertai pertandingan membaca Quran. Ramai yang telah berjaya peringkat daerah dan negeri. Pelajar2nya datang dari kampung2 sekitarnya. Antara pelajarnya Nab Hussien dan  Ramli Man Siah dari kampung aku. Zainab Ahmad (kawin dengan kawan aku cikgu Basiron) dan Abdul Shukur dari Telok Bagan. Mansor Ahmad dari Tok Seron (sekarang pensyarah IPTB). Selepas ustaz abis mengajar kami, dia memberi tumpuan kepada qari dan qariah ini dari segi bacaan, tajuid dan lagu. Masa itu aku lihat qari dan qariah ini gigih datang belajar walaupun masih kanak-kanak sekolah rendah dan jauh dari kampung aku.

Tiada ulasan: