Rabu, 4 Januari 2012

BERENDOI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kumpulan berendoi ni terdiri dari lelaki. Ia bukan setakat digunakan untuk majlis menyambut majlis bercukur tapi juga sebagai hiburan orang kampung waktu lapang. Selalunya waktu malam hingga lewat malam. Suara yang ujungnya berbunyi ..."ang...ang" dengan nada panjang. Sangat mengasyikkan dan kalau silap2 boleh terlena mendengarnya. Rumah Hj Saad hamid jadi markas untuk mereka berendoi. Lagu2 berbentuk nasihat dan pujian ke atas nabi selalu didendangkan. Sekarang sudah tidak kedengaran lagi majlis berendoi waktu malam ni.

Tiada ulasan: