Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masak bubur asyura adalah antara upacara sosial penting di kampung masa dulu. Bila tiba hari yang ditentukan berpakatlah mereka membawa apa saja bahan yang boleh dibuat bubur. Bangsal rumah tok wan aku antara pot untuk masak. Semua berkumpul di situ.Perempuan bersiang bahan. Lelaki nyalakan api dan sediakan kawah. Bahan-bahan dikacau dengan pengayuh perahu. Bila masak kami tadahkan tempurung yang telah dicuci bahagian dalamnya atau daun pisang. Daun kelapa,daun nipah atau kulit siput panjang digunakan sebagai camca. Ramai2 berjamu selera dan kemudiannya diagihkan kepada semua yang datang bergotong royong.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Sabtu, 28 Januari 2012
Rabu, 25 Januari 2012
APA HEBATNYA ....................
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Orang selalu bertanya," apa hebat sangat kampung hang tu.....". Memanglah aku kena kata hebat sebab itu kampung aku. Antaranya.
Nama kampung aku kg. Keriang Pulau bukan Pulau Keriang. Maknanya taklah dikelilingi laut. Cuma kelilingnya dulu2 dengan pokok keriang.
Jalan masuk ke kampung tu satu2 jalan lebuh raya yang dibuka untuk masuk tanpa tol
Satu masa dulu dikenali juga dengan nama Kg Batu Timbul bila orang luar tertipu dengan keujudan batu timbul.
Dulu dikatakan ada ramai juga pekebun sayur bangsa cina di kampung itu tapi akhirnya semua berpindah keluar dengan tipu helah orang kampung yang memaksa secara halus supaya keluar
Ada satu jerat Cina di situ dari zaman entah bila.Sekarang sudah tidak aktif.
Dari cerita2 kampung aku dimulakan oleh moyang aku Tok Saman yang berasal dari Mata Ayer, Perlis yang berpindah semasa Perang Bisik dan meneroka rimba di situ sehingga menjadi kampung dan sawah.
Lebih hebatnya di situlah aku belajar tentang kehidupan budak kampung

Khamis, 19 Januari 2012
QARI DAN QARIAH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ustaz Nayan ialah guru Quran yang mengajar di madrasah kampung. Kebolehan istemewa ustaz nayan ialah kemampuan dia mengajar membaca quran untuk qari dan qariah yang ingin menyertai pertandingan membaca Quran. Ramai yang telah berjaya peringkat daerah dan negeri. Pelajar2nya datang dari kampung2 sekitarnya. Antara pelajarnya Nab Hussien dan Ramli Man Siah dari kampung aku. Zainab Ahmad (kawin dengan kawan aku cikgu Basiron) dan Abdul Shukur dari Telok Bagan. Mansor Ahmad dari Tok Seron (sekarang pensyarah IPTB). Selepas ustaz abis mengajar kami, dia memberi tumpuan kepada qari dan qariah ini dari segi bacaan, tajuid dan lagu. Masa itu aku lihat qari dan qariah ini gigih datang belajar walaupun masih kanak-kanak sekolah rendah dan jauh dari kampung aku.

Isnin, 16 Januari 2012
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Anak dara jangan duk dibendul tangga nanti tak dapat jodoh. Jangan duk atas bantal nanti naik bisul Jangan jahit butang baju di badan nanti susah bersalin. Logiknya: Nanti tercucuk badan baru tau .
Masa kecik-kecik kita selalu diingatkan tentang pantang larang. Bila saja kita melakukan sesuatu yang pada pandangan orang tua yang tidak sesuai, maka kita diingatkan tentang pangang larang.
Anak dara jangan menyanyi kat dapur nanti dapat laki tua
Logiknya: Bila leka menyanyi nasi nanti hangit. Masa tu mana ada dapur nasi elektrik. Lagipun kalau leka menyanyi kuat-kuat tentu tak manis orang luar dengar. Tambah pulak kaalu ada orang nak datang meminang. Masa tu mana masyarakat mana boleh terima itu. Kalau lebih2 dia kata jangan duk “hewan” sangat.
Logiknya: Takut kain yang dipakai terselak ditiup angin.
Logiknya: Bantalkan untuk letak kepala waktu tidur. Tak eloklah diletak punggung kat situ.
Jangan bersiul waktu malam nanti ular masuk rumah.
Logiknya: Waktu malam orang nak solat dan baca Quran.
Jangan langkah kulit kerang lepas berkhatan nanti bentan.
Logiknya: Tak galak kita jalan jauh-jauh takut luka tak baik. Rumah dulu-dulu banyak ditabur kulit kerang dan kepah untuk elak lecah. Maknanya susah nak jalan jauh-jauh kerana mesti terlangkah kulit kerang.
Jangan lambung bayi waktu senja nanti disampuk setan.
Logiknya: Waktu senja cahaya samar-samar takut bila lambung bayi tak nampak masa nak sambut. Takuttak Nampak terus jatuh nanti.
Jangan gigit kain nanti gigi luruh.
Logiknya: Masa budak kitakan suka gigit ujung kain. Nanti koyaklah kain tu kalau selalu digigit.
Begitulah cara orang tua-tua kita dulu mendidik anak cucu. Halus tapi cara mengawal dengan sopan.
Sekarang tak dengar lagi pantang larang itu disebut lagi. Kalau disebutpun budak-budak sekarang gelak saja. Tentu depa kata tak logik.
Khamis, 12 Januari 2012
LIGAN PUYUH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ligan bahasa utara membawa maksud kejar. Satu hari lepas hujan kami ramai2 pakat nak pi ligan puyuh kat bendang. Caranya ialah dengan membuat bising hingga puyuh terkejut dan mulalah kejar.
Puyuh tak terbang jauh. Bila dia mendarat dia akan cuba menyembunyikan kepalanya dalam rumput dan nampak punggungnya saja. Masa tu lah kita cekup dia. seronok gak ikut ligan puyuh dengan berlari2 dalam sawah yang dah mula ditakung air tu, Sekarang orang dah ternak puyuh buat bisnes.

Isnin, 9 Januari 2012
PAK RAZAK
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pak Razak ialah anak saudara pak long Darus aku. Dia pernah tumpang duk rumah aku. Tumpang tidor kat pondok aku. Pak Razak ni kelakar sikit. Tengak muka dia pun nak tergelak. Suara dia besar dan garuk. Jadi bahan gurau kami bila duk ngan dia. tak kering gusi. Pernah sekali pak long aku kira bagi dia jual ais cream guna beca kayuh. Lawaknya dengan tong dan beca2 sekali dia jual. Lepas tu tak berani balik rumah pak loing aku takut kena marah. Lepas tu dia merantau ke Kuala Lumpur. Beberapa tahun lalu ada dia datang sekali kat kampung dengan anak dia untuk kenalkan saudara2 kat sini. Dia bagi tau dia kerja buruh dengan Dewan Bandaraya.

Khamis, 5 Januari 2012
BAHAGI2 TUGAS
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Keluarga aku 8 orang. Peringkat awal tu ada 6 orang. 5 lelaki sorang perempuan.Tu pun yang nombor tiga. Memang peninglah mak aku masa tu. Maklum semua lelaki buas2 dan lasak2. So kami diberi tugas2. Banyaknya masa petanglah. Tugas sapu sampah keliling rumah, tarik sampah longkang dan lain2. Janji masa abah balik Setang semua dengan tugasnya. Tak berani nak tunggu simpang2. Dari jauh kalau nampak kelibat abah balik, Semua lari balik. Malam pulak duduk ramai2 lipat kain baju dan basuh pinggan makan malam. Kalau siang tu tolong2 juga gilibg cabai.Silap2 lepas tu panaslah tangan sampai ke petang Mana ada blander masa tu. Malam nak tidor pakat2 gantung kelambu. Mana ada bilik.pagi kemas tilam2 dan selimut letak tepi. Mana nak dapat katil masa tu. Hidup susah. Rumah pun pakai tingkap panjang tolak tahan dengan kayu saja. Rumah pulak tiga bahagian. Bahagian atas tulah ruang tamu dan ruang tido dengan sekatan gitu2 ja. Turun sikit dapur masak. Turun lagi pelantar tempat gincahan untuk membasuh pinggan. Rumah berbumbung atap seperti itu dah tak ada sekarang ni.

Rabu, 4 Januari 2012
BERENDOI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kumpulan berendoi ni terdiri dari lelaki. Ia bukan setakat digunakan untuk majlis menyambut majlis bercukur tapi juga sebagai hiburan orang kampung waktu lapang. Selalunya waktu malam hingga lewat malam. Suara yang ujungnya berbunyi ..."ang...ang" dengan nada panjang. Sangat mengasyikkan dan kalau silap2 boleh terlena mendengarnya. Rumah Hj Saad hamid jadi markas untuk mereka berendoi. Lagu2 berbentuk nasihat dan pujian ke atas nabi selalu didendangkan. Sekarang sudah tidak kedengaran lagi majlis berendoi waktu malam ni.

Ahad, 1 Januari 2012
POKOK NYIOR TIGA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Seratus meter dari jalan utama masuk ke kampung aku, simpang ke kanan terdapat satu kelompok penempatan di situ yang dikenali sebagai Pokok Nyior Tiga. Jalan masuk ke situ ditanda dengan ujudnya tiga batang pokok nyior di tengah2 sawah tu.. Mengikut cerita di situ tempat ditanam mayat askar jepun yang terkorban. entah betul atau tidak. Cerita lain pulak pokok nyior itu ada hantu mengusik waktu malam. Ada orang kena mengusik kat situ. Bila balik malam2 kat situ, remang juga bulu roma. Tak toleh kiri kanan kayuh terus saja basikal. Kini pokok nyior tu pun dah tak ada lagi. Mati dimamah usia.

Langgan:
Catatan (Atom)