Isnin, 28 November 2011

LOKET RANTAI PELURU SENAPAANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini cerita nakal masa awal remaja. Amaran keras. Please dont try this at home or at school. Rahim anak pak lang aku datang dari SP. dia bawa idea baru. Buat loket raantai dari peluru senapang. Tak tau mana dia dapat peluru tembaga tu. Alatan yang diperlukan ialah peluru, playa, hammer, pelita dan dawai yang dibengkokkan untuk digantung rantai nanti. Kepit peluru dengan playa dan ketuk bahagian tengah peluru dengan hammer perlahan2. Taak boleh ketuk bahagian bawahnya keraana boleh meletup. Bila kepala peluru terlucut dari badannya, kepit kepala peluru dengan playa dan dipanaskan dengan api pelita hingga timah dalamnya mencair. Letak dawai yang telah dibengkokkan dalam timah yang cair dan rendam dalam air. Siap rantai. Rasa samseng tak da dah bila dikalung kat leher. Bila kenang balik, rasa macam bodoh buat kerja gila macam tu. Membahayakan diri sendiri.

Ahad, 27 November 2011

TOK CHIK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tak tahu nama penuhnya. Kami semua pangil tok chik saja. Sejak anak perempuannya Che Ta kawin lain dengan Abg Mat Kuala nerang dia duduk sorang. Setiap malam dengan kain selimut dan bekas sireh dan rokok daun dia akan datang tidur di rumah aku. Adalah orang2 tua di rumah aku buat diajak berborak. Pagi dia akan balik semula rumah dia yang terletak di seberang sungai rumah aku.  Di rumah dia ada pokok setey yang tinggi. Bila tiba musim di situlah tempat untuk cicah garam belacan.Tok Cik dah lama meninggal sebab sakit tua.

ROTI BAKAR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dekat Maktab mahmud ada satu kilang roti. Dalam pukul 10 pagi mereka akan bakar roti yang reject. Kami akan tunggu ramai-ramai. Zali, Dan derani, ki Manan kami kayuh basikal ke simpang kuala tu.Dia guna satu alat untuk hulur dulang dalam bara api. Bila siap bakar dia letak dalam satu bekas, merebutlah kami pilih bentuk roti yang kami suka. Masuk dalam bekas untuk ditimbang. Bayar dan balik untuk dimakan dengan kopi atau teh. 

Khamis, 24 November 2011

KERJA MASA CUTI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Abah aku seorang pemandu lori. Bila cuti U aku akan ikut jadi kolet lori. Abah aku bawa lori tanah merah. Masa dulu kolet kena duduk belakang lori. Kalau polis jumpa duk depan kena saman. Mula-mula duk depan bila dapat signal dari member2 ada polis, macam stuntmanlah bergerak ke belakang masa lori sedang berjalan. Bila clear balik depan balik. Masa tu ambil tanah merah dekat Langgar hantar ke Kebun 500 dan Jabi buat jalan. Mak akan bekalkan nasi dengan sambal telur atau ikan temenong dan dibungkus dengan daun pisang. Masa tu mana ada banyak kedai makan. Bila tiba waktu makan, abah akan bawa aku ke tepi sebuah alor jernih dekat2 kebun 500. Makan di situ macam berkelah. Aku amat rindu makan nasi yang dibungkus dengan daun pisang begitu hampir separuh hari. Memang sedap dan wangi rasanya. Muka jangan cakaplah berdebu dan berkilat dek panas matahari. lain pada tu penah juga sekali aku ambil upah tebas rumput kat pagar mahkamah baru tu. 

Rabu, 23 November 2011

MANDI KERBAU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kerbau pun diberi mandi juga. Kalau kerbau digunakaan masa membajak, menyisir atau menenggiling mesti tuan dia bawa satu bentuk timba yang dibuat dari tin yang di paku kat kayu. Selepas beberapa lama kerbau buat kerja, tuan dia akan simbah dengan air dari bendang untuk menyejukkannya. Kerbau bila dilepas sukaa berkubang. Penuh badan dengan selut dan kering lepas tu. Tuan kerbau akan bawa ke tepi sungaai atau telaga. Disimbah dengan air dan digosok dengan sabut kelapa hingga hitam berkilat kulit kerbau tu. Aku tengak tok wan aku pasang bara api waktu malam untuk halau nyamuk dan agas.

Ahad, 20 November 2011

PENJUAL KOPI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Penjual kopi berbangsa cina bermotor ni datang setiap hari khamis.  Dia akan bunyi hon motor dan singgah boleh kata semua rumah. Tak salah aku dia datang dari sungai Limau. Kopi ditimbang dengan dacing mengikut harga yang dikehendaki. Kopi ni sedap sebab tu sangat laku di kampung ni.

Jumaat, 18 November 2011

BERANDA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Beranda adalah bahagian lebih rendah dari lantai rumah. Selalunya ada anak tangga untuk naik ke beranda dan ada satu lagi tangga untuk sampai ke atas rumah. Kadang2 disediakan satu kerusi panjang atau lantai dengan tikar mengkuang saja. rumah dulu yang ada beranda ialah rumah tok mat bilal, rumah manan, rumah ya itik, rumah tok arof, rumah saad hamid, rumah hj yaakob, rumah hj sharif dan banyak lagi. Fungsi beranda ialah tempat berehat dan emnerima tetamu. Beranda sesuai untuk berehat kerana tidak ada tingkap kecuali dinding yang rendah. Bila tetamu lelaki datang mereka akan tunggu di beranda saja. Taklah ganggu isi rumah lain. Berbekal secawan dan seteko kopi boleh bawa bersebang hingga larut malam.

Rabu, 16 November 2011

KUEH HARI KENDURI DAN BUNGA TELUR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sudah menjadi kebiasaan bila kenduri ahli kampung akan menghadiahkan kueh2 dan bunga telur pada tuan kenduri. Paling tak da pun bawa gula sekilo. Macam dah jadi adat. Ini usaha kumpulan perempuanlah. Kueh popular bahulu, kuih beras, karas, kuih telinga hindu, kueh bunga pudak. Sama ada kueh itu dibuat sendiri atau dibeli untuk dihadiahkan. Bunga pudak ditempah dari mak su atau mak lang tom pak lang mak khir. Makanan2 ini akan dihantar menggunakan dulang.  Bunga telur pun dihantar juga dengan gubahan dicucuk pada batang pisang. Semua makanan dan bunga telur ini akan dihidangkan pada orang yang datang buat kerja sehari sebelum dan pada hari kenduri dan tetamu.

KORBAN PERDANA


Tahniah Cree dapat cerita tentang korban perdana serta foto-foto kawan-kawan dan mak cik2 kita di kampung. 11 ekor banyak tu tapi dengan kerjasama orang kampung ianya dapat dibereskan. Saya balik hari tu tapi tak ikut serta kerana kurang sihat. Saya sertakan pautan di sini supaya mudah dirujuk bila2 masa saja untuk diabadikan pada kawan-kawan lain yang melawat blog saya. Terima kasih.


http://creeman88.blogspot.com
2011/11/majlis-qurban-perdana-di-kampung.html
http://creeman88.blogspot.com/2011/11/tak-ada-modal-untuk-menulis.html

PERAHU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Perahu adalah kenderaan penting masa tu untuk cari makan dan ke bandar. Ramai juga orang kampung masa tu yang menahan bubu di sungai besar Alor Star. Ramai yang miliki perahu. Antaranya tok mat bilal, Manan, shahid, pak long pie, bang man kak siah, Mat ariff, bang cha, hj yaakub, man tok seman, pak lang md khir, tok mat penyebai, bang leh. Awal pagi akan nampak dalam sungai perahu2 ni bergerak bertemankan pelita yang diletakkan dalam tin. Selepas jual hasil tangkapan dan beli barang2 dapur mereka akan singgahlah kedai kopi pak Jasin dekat kepala titi jambatan baru alor star tu. Kemudian ramai2 bergerak balik. Aku pun pernah berperahu dengan sepupu aku, zali. Penah pegi sampai ke jalan putra dengan perahu ni.

Selasa, 15 November 2011

PASEMBOR DAUD

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sebelah petang kadang2 pula ada mamak Daud naik basikal jual pasembor. Dia akan bunyi loceng atau hon tanda dia datang. Kalau nak beli panggil saja. Bawa pinggan sendiri. Berkumpul penuh keliling basikal tengak dia siapkan pesanan. Laku bukan main jualan dia. Sekarang ada suku sakat dia sambung kerja tu tapi dah naik motor.

PENJUAL ROTI

Dulu orang melayu belum buka mata untuk berniaga. Sarapan pagi mesti sedia sendiri. Tak ada kedai chatok kopi melayu masa tu. Nak kena kopi di kedai kopi cina dalam cawan 888. Di kampung pagi-pagi masa tu ada dua orang kita panggil keling  jual roti. Keling Hamid dengan Keling Jab. Asal dari India. Isteri di India. Lama2 sekali depa cuti la balik India. Mereka ni jual roti dengan cara menjunjung di kepala. Ada juga nasi lemak dan kueh dijual. Difahamkan jauh juga mereka jalan menjual tu. Dari Simpang Kuala masuk ke kampung-kampung. Selalunya mereka akan berhenti rehat dekat pengkalan tok wan aku sebelum meneruskan perjalanan.

KELOLO

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bahasa dialek kedah. Maknanya lebih kurang kelakuan yang tindakan yang boleh buat orang ketawa. Adalah sikit nakalnya. Ada satu cerita dari adik aku tentang sorang kawan kami ni. Kami panggil dia E Maniam. Masa sekolah menengah, kalau balik sekolah dan kenduri sepanjang jalan dia singgah makan selamba saja macam dia dapat jemputan. Atau bahasa sekarang "ada aku kisah". Kawan2 tunggulah kat depan sebab segan nak ikut dia. Bila dia joint depa dia gelak berdekah2 kerana kenyang. Dia kata orang buat kenduri kira dia dijemputlah.

Sabtu, 12 November 2011

BERAS TEMUKUT DAN SEKAM PADI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa dulu adalah bela ayam kampung sikit2. Pakat dengan kawan-kawan pi cari beras temukut dan sekam padi di Kilang Padi Batu 2.  Bawa guni pinjam basikal tua tok wan aku terus ke belakang kilang.Tunggu kat ujung serombang mesin padi tu. Di bawahnya akan jatuhlah beras2 hancur yang kita panggil beras temukut. Kaut masuk dalam guni kecil atau guni gandum. Lain pada tu kautlah sekam padi isi dalam guni. Apa yang bestnya bukan nak ambil sekam padi tu tapi dan main kat sana. Busut sekam padi kadang2 antara 50-100 meter. Naik sampai atas guling atau buat "stuntman" dari atas sampai bawah. Lepas tu naik lagi dan buat lagi. Kena hati2 juga kerana ada bahagian yang sudah dibakar dan tak nampak panas di luar. Abu sekam padi ambik juga buat baja. Bila balik kena mandilah. Kalau tidak gatallah miang sekam tu. Sekam tu ditabur dan ayam pun kaislah untuk cari sisa padi dan beras di situ. Lain daripada itu ialah untuk diletak di tempat becak atau guna untuk asapkan toke nira.

Rabu, 9 November 2011

TELUR KURA-KURA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa kecik aku pernah ikut pak cik noor aku pi cari telur kura-kura. Kami pi cari dekat jerat cina. Kura-kura suka mengorek lubang untuk bertelur di busut-busut kubur Cina. Bila dapat balik direbus. Aku pun dah lupa rasanya macam mana . Macam telur penyu la kot.

TIKAR MENGKUANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu2 mana ada karpet. Tikar getah pun jarang2 nampak.  Jadi orang dulu-dulu menganyam tikar mengkuang sendiri. Ada beberapa tempat untuk ambil mengkuang. Dekat jerat Cina, dekat bendang chut dan dekat padang tok mat sembilan. Sekarang semua dah tak da kot. Pembangunan. Mengkuang diambil dilayor dengan api dan dibuang duri direndam dalam telaga untuk satu tempoh. Diraut guna pisau khas supaya ikut saiz yang dikehendaki. Dijemur untuk sekian lama ditumbuk dengan alu barulah dianyam. Aku tengak di satu sudut rumah tok aku tu bertimbun tikar yang dah siap dianyam. Akan digunakan untuk majlis kenduri dan yang dah buruk akan diguna untuk jemur padi.

Ahad, 6 November 2011

GUNTING RAMBUT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada dua orang tukang gunting rambut masa aku budak2 dulu. Pak Lang Napiah dengan Pak Ya panjang.Tak da pun kedai tetap. Selalunya pergi rumah depa tau mereka datang ke rumah bila dijemput. Kerapnya kat Pak lang Napiah la. Kadang2 tengek kat tunggul pokok nyior atau atas belantar basikal tua atau kerusi. masa tu tak pandai komplen banyak. Bila abah bawa  ikut saja tak berani nak demand macam budak2 la nak style itu dan ini.  Selalunya jadi fesyen tudung periuk la. Siapla seminggu kena perli ngan kawan2. Bila besar sikit dan sekolah menengah baru pi kedai india kat Tandop atau Kedai Regal kat simpang Kuala. Kalau nak raya dengan nak buka sekolah que la. mamak siap pasang siaran radio dia dengan lagu dia. Kuat la tu. Sama kuat sembang2 dia dengan kawan2 tukang gunting dia. Tapi itu uniknya sampai sekarang aku suka gunting kat kedai india.

Sabtu, 5 November 2011

KAPAL HAJI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim haji dulu menggunakan kapal laut. Ambil masa 3 bulan pi dan balik 3 bulan. Siapa yang terpilih ke mekah
kena buat persediaan awal. antaranya tong sara. Dalamnya akan diisi dapur, kuali, periuk, pinggan, beras dan keperluan masak.Dulu2 atas kapal jamaah masak sendiri. Antara kapal laut tu namanya Malaysia Raya. Dalam kapal yang banyak tingkat tu ada dinamakan kampung ikut nama buah. Kampung durian, rambutan dan sebagainya. Saya sempat naik kapal tu masa tok wan balik dari mekah. Memang besar. Mengikut cerita tok wan atas kapal ada banyak masa untuk belajar ilmu agama. Bila balik dari mekah masa tu mesti beli kot. Segaklah jamaah kita balik dengan kot dan songkok masa tu.

Rabu, 2 November 2011

MAIN JENGKEK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada 2 jenis jengkek. Satu jengkek biasa dan satu lagi jengkek kapal terbang. Jengkek biasa ialah mengunakan  garisan kotak dari 6 atau 9 kotak. selalunya 6 saja. Jengkek kapal terbang macam bentuk kapal terbang. "Gunung" selalunya dari tembikar digunakan untuk permainan ini. Gunung akan dibaling mulai kotak 1 dan ditendang perlahan-lahan  dari satu kotak ke satu kotak dengan cara menjengkek dengan satu kaki dan pastikan kaki kena pada gunung setiap kali jengkek ke kotak baru. Bila sampai ke kotak ke 5 baru boleh letak kedua-dua kaki atas gunung. Lepas kotak ke 6 ditolak keluar dengan kaki hingga keluar garisan dan dipijak lagi. Baru mula kotak kedua dan seterusnya sehingga abis ke enam-enam kotak tu. Kalau gunung semasa ditendang ke kotak-kotak itu terkena garisan dikira "mati". Selepas tu masuk peringkat kedua. Mata dipejam dan pandang ke atas dan melangkah dengan 2 kaki dari satu kotak ke satu kotak dengan menyebut "adaka" iaitu tanda tak pijak garisan. Kalau pijak garisan dikira mati. Jengkek kapal terbang dimain hampir sama.