Sabtu, 16 Julai 2011

Mainan Kumbang rumah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bunyi kumbang yang meresik dengan bunyi kepak yang dikibas2 memang mengasyikkan. Port mendapatkan
kumbang yang popular ialah kat galang geta lantai rumah mak njang Mah. Berbekal botol, penutup botol dan sebilah kayu. Cara menangkap kumbang ini ialah meletakkan mulut botol kat lubang di mana dijangka kumbang ni berada. Kayu diketuk kat galang geta lantai rumah. Kumbang akan keluar dan jatuh dalam botol. Tutup mulut botol. Cari lagi seberapa banyak yang boleh. Lepas tu baru proses peringkat kedua, Cari  tin,getah  dan perca kain nipis. Botol berisi kumbang ditunggang untuk diperangkap dalam kain perca. Kain perca akan dilekap ke bahagian atas tin dan getah diletak untuk mengetatkan kain pada tin.Maka mulalah berbunyi kumbang-kumbang tu. Bila nampak dia diam, ketuk tin lagi, sambunglah lagi bunyinya. Anak-anak sekarang mungkin tak pernah dengar mainan macam tu.

Tiada ulasan: