Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu berkhatan buat di rumah. Aku berkhatan 3 orang termasuk sepupu aku dan adik aku. Kami buat di rumah tok wan. Sebelum berkhatan macam2 ceritalah orang tua-tua buat nak mengusik kita. Naik seram. Tiba harinya tok mudim pun datang. Mulalah timbullah rasa cuak. Kami diarak untuk mandi lama-lama kat sungai supaya badan sejuk taklah sakit nanti. Seminggu sebelum tu pun kami dinasihatkan supaya jangan buas sangat nanti banyak turun darah. Tiba saatnya kami disuruh duduk atas batang pisang. Bermulalah acara yang menyeramkan. Selepas selesai semua kenduri dihidangkan. Bermulalah pantang larang untuk kami. Kami tak boleh makan benda goreng. Hanya makan ikan kering tanpa kuah. Bila tidur orang tua2 jaga, takut tidur buas. Ada juga yang buat pasung dengan batang nipah diikat kaki supaya tidur tidak buas. Saat yang menyakitkan ialah bila nak buka balutan luka berkhatan yang dibalut dengan kertas layang-layang. Perit..Kumudian dituamkan dengan air daun inai dan lain2 ramuan. Selang beberapa hari baru dibenar bergerak bebas. Mulalah berjalan dengan memegang tengah-tengah kain ke hadapan. Nakalnya budak-budak lain ialah mengipaskan hidung dan buat muka busuk. Perlilah kononnya tu. Ada pantang lagi, Tak boleh langkah kulit kerang. Heran juga aku. Tapi masa dulu orang suka buang kulit kerang ke tanah supaya tidak lecah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan