Satu masa dulu kat Alor Merah dekat mentaloon ada padang lumba kuda.Setahun sekali semua kuda dari tempat2 lain dibawa untuk berlumba. Aku rasa lumba ni ada kaitan dengan judi ekor masa tu.. Aku selalu bonceng basikal tok wan aku . Bawa payung kerana panas. Sukalah tengak kuda berlumba masa tu.. Penah sekali kerana penat bonceng kaki aku terapit kat spork basikal.. Marahlah tok wan aku...parutnya masih ada kat tumit. Sebab tu masa sekolah rendah pergi sekolah pakai seliper saja. Bila sekolah menengah susahlah nak cari kasut. Tumitsebelah tu jadi besar. Lama gak baru boleh sesuai diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan