Aku dapat tawaran sebagai guru pendidikan jasmani sekolah menengah di maktab perguruan Temengong Ibrahim, Johor Bharu. Aku pergi seorang diri dengan keretapi. Sebulan lepas tu aku dapat tawaran Universiti Malaya. Bermulalah hidup aku sebagai mahasiswa. Aku tak punyai motor. Untuk ke kuliah aku kena jalan kakilah.. Kadang2 sehari 3@4 kali berulang aliksebab masa kuliah tak menentu. Hidup aku sebagai mahasiswa sangat indah sebab aku sentiasa sibukkkan diriku dengan sukan universiti dan persatuan. Tak sempat nak rasa boring. Penah satu malam aku duduk tepi tasik universiti dengan Yusuf kawan sejak sekolah rendah. kami merenung balik nasib kami. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah kami berdua saja berjaya lanjut pelajaran ke universiti malaya masa tu. Yusuf budak pandai, sedangkan aku dari sekolah rendah hingga menengah hanya pelajar sederhana. Tambahan pula masa aku banyak dihabiskan dengan sukan sepanjang tahun. Bertuah sungguh nasib baik aku kira diri aku ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan