Ahad, 7 Ogos 2011

BIJI JANGGUS

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dekat telaga rumah tok wan aku ada 2 pokok janggus
Buah janggus rasanya pedaq
Makan banyak tak selesa
Apa yang menjadi tumpuan ialah bijinya
Bijinya dikumpul
Cari tin minyak kelapa untuk dibuat alas bakar
Beberapa batu diatur letak kayu kering di bawahnya
letak tin atas batu2 tu
letak biji jangus di atas tin
dan api dinyalakan sambil biji janggus dikacau-kacau
Biji janggus akan mengeluarkan minyak dan silap2 api akan naik ke atas tin
dan membakar biji2 janggus
Kena cepat2 pukul ngan kertas atau sabut supaya biji tidak hanggus
Bila dah sejuk baru biji diketuk untuk dapat isi di dalam
rasanya enak lemak
Tak sama dengan yang dijual sekarang

Tiada ulasan: