Jumaat, 19 Ogos 2011

GENG RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Menjelang raya masa kanak-kanak dulu kami sudah membentuk geng untuk pergi beraya. Ada geng lelaki dan geng perempuan. Ahli geng ni tak boleh terlalu ramai. Takut tuan2 rumah tak layan.
Seorang ketua akan muncul. Ketua berhak terima atau tolak sesiapa saja dari jadi ahlinya. Strategi diatur rumah siapa jadi tumpuan dan rumah mana nak elak. Rumah tumpuan dapat duit rayalah. Masa tu 5 sen atau 10 sen  saja. Kalau dapat 20 sen kira hebatlah. Pagi raya dengan pakaian segak bergeraklah dari satu rumah ke satu rumah. Pungut duit raya. Dapat duit raya habis beli mercun atau ais krim batang atau cawan. Tau-tau saja tokeh ais krim. Berkumpul penuh keliling order ais krim. Kira hebatlah sebab beli duit sendiri.

Tiada ulasan: